Thursday 7 February 2013

Pemergian Insan Hebat - Azli Paat




Setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat, pastinya saya tidak lupa untuk tune ke Radio Bernama24 untuk mengikuti slot Azli On Air - ICT dan Anda... membincangkan segala perkara berkaitan ICT oleh Pakar ICT ini. Tanya saja apa pun soalan berkaitan teknologi dan ICT pasti En. Azli Paat akan menjawab dengan penuh yakin. Banyak yang saya belajar dari ilmu dan penerangan beliau selama setahun dua ni.

Tetapi.... pada pagi ini saya dikejutkan dengan berita yang mengejutkan seluruh peminat beliau dan komuniti  ICT Malaysia. Kehilangan beliau sesungguhnya satu kehilangan besar. Pemergian Allahyarham En Azli Paat - saya akan sambung lagi... Sedang menitiskan air mata..

-------------------

Masih lagi sebak..

Apabila disebutkan di radio padi tadi perkataan "arwah".. minda saya macam tidak percaya.... Saya bukanlah kenalan beliau, tapi berdasarkan fb dan lain-lain sumber, saya melihat beliau seorang yang sihat dan aktif. Tidak nampak penat pada gambaran diri dan suara beliau setiap hari..

Saya mula melihat beliau semasa zaman remaja dahulu.. masa tu kalau tak silap saya beliau sering muncul di TV1 (Selamat Pagi Malaysia)... rasanya sembang berkenaan komputer dan IT ketika itu.. Zaman dia muda-muda dulu ;)

Apa yang boleh saya katakan tentang beliau ialah beliau seorang yang sungguh ceria, sungguh bersemangat, sungguh berilmu dan sungguh tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain. Paling hebat dia bukan sahaja pakar dalam bidang ICT tapi boleh memberikan idea serta kreativitinya untuk memperbaik keadaan dan masalah kehidupan yang ada. Perkhidmatan seperti SMS Dapat, RakanCOP, ADACode dan pelbagai lagi adalah hasil usaha beliau.

Apapun, Allah lebih sayangkan beliau..

Beliau seorang yang sungguh hebat dan sungguh luar biasa bagi saya!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Salam Faizal,
    Sy belajar banyak benda dari dia since dr zaman KLfm. My 1st blog was inpired by him. Belajar thru klfm. Sgt terkejut dgn pemergian dia. Al-Fatihah.

    Adila

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails