Friday 29 March 2013

PRU Dah Dekat



Bahang pilihanraya dah makin hampir.. masing-masing baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang sudah pun berada di tempoh masa-masa akhir sebelum sampai ke garis tamat. Masa nilah kalau mereka nak pulun atau ligan habis-habisan ;)

Saya melihat rata-rata dalam masyarakat kita ni, kita cenderung untuk taksub menyebelahi satu-satu pihak sahaja. Tentunya hal ini dicorakkan oleh input yang setiap dari kita terima dari persekitaran, pengaruh individu dan sumber lain. Nilai dan fahaman politik yang dipegang hampir pasti berlandaskan lebih banyak kepada kata-kata orang berbanding penilaian serta analisis sendiri. Maklumlahkan bukan ahli akademik yang sentiasa ada asas data dan fakta.

Saya melihat dah sampai masanya untuk lebih ramai lagi daripada kita yang boleh mempunyai akses dan capaian info daripada kedua-dua pihak. Tak faham?? maksudnya kita "study" dan kenali kedua-duanya.. Contohnya kalau kita membaca akhbar, kita membaca kedua-dua baik media utama mahupun media alternatif.. membaca Harakah dan masa sama membaca Utusan.. Kebaikannya kita dapat melihat kedua-duanya dari sudut masing-masing.. Kalau dapat bercampur gaul secara terus antara kedua-dua puak ini lagi bagus ;))

Apa yang cuba nak saya katakan di sini sebenarnya semua pihak kena akui mereka bukan sepenuhnya betul dan bukan juga tidak betul.. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Yang sedih bagi saya apabila apa sahaja yang dibuat oleh pihak sebelah sana semuanya tak betul. Yang di sebelah sini pun sama. Kedua-duanya sepenuh hati tidak melihat langsung apa kebaikan yang telah dan ingin dibuat oleh saingan masing-masing. Patutnya apa yang baik harus disokong kerana ia memang terang-terang benda baik kan..

Undi adalah rahsia.. betullah tu.. dan macam-macam kaedah, pedoman dan pegangan cuba diketengahkan untuk memilih siapa semasa mengundi kelak. Nak pilih calon ke atau nak pilih parti?? Bagi saya ia bergantung pada kehendak individu ataupun pilihan individu.. Dia perlu tanya pada diri apa rupa dan bentuk kerajaan yang dihajatinya. Bagi saya tak salah nak undi calon dan tak salah juga nak undi berdasarkan parti.. Tepuk dada tanya iman..

Apapun yang pentingnya sekarang masing-masing yang bertanding perlu bijak dengan strategi kempen masing-masing.. Yang mana lebih menguasai dunia maklumat dan boleh melihat harapan rakyat, rasa saya pihak ini mempunyai lebih peluang ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails