Tuesday 19 March 2013

Minda Kelas Pertama VS Minda kelas ke berapa entah..





Hanya nak kongsi pandangan apabila melihat apa yang ada di sekeliling kita. Memang bukan majoriti buat "fe'el" macam ni, tapi dah cukup memberikan gambaran negatif kepada majoriti yang lain.

  1. Tabiat buang sampah orang kita :
    Dari dalam kenderaan mereka lebih suka buang sampah/sisa makanan di luar tingkap (bertabur atas jalanraya). Kalau kat taman perumahan di rumah saya tu. Sudahlah parkirkan kereta di hadapan rumah orang, sebelum nak jalan tu sempat pula dia bersihkan dalam kereta.. dengan selamba buang sampah sarap depan rumah orang..
  2. Tabiat meludah orang kita:
    Nak ludah ikut "dan" ajer.. kalau sedang berada di tangga, tangga tu lah kena ludah, kalau dalam lif, kena ludah lah lif tu.
  3. Tabiat menyembang kuat-kuat macamlah bagus sangat sembang dia tu:Pernah sekali saya menunggu di ruang menunggu di sebuah klinik Komuniti. Biasalah bila menunggu tu, bagi yang ada pasangan nak berbual, akan adalah topik perbualannya. Tapi agak-agaklah sikit menyembang tu.. Ini dah sampai 1 dewan dengar suara dia, apa hal?!!
Bagi tiga dulu.... bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Haha.. Betul dah melayu adalah antara bangsa termundur dan terjahil dalam dunia bagi aku.. Patutlah tamadun melayu tak pernah wujud.. hanya cerita khayalan dan dongengan sahaja.......

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails