Produk Atomy tidak dijual secara fizikal di mana-mana pun. Ia juga tiada dalam iklan majalah. Pada billboard di tepian highway pun tiada. Juga tiada model Korea yang dilantik untuk peragakan produknya. Atomy pun tak buat sampel atau tester untuk produk. Nampak tak Atomy tak buang duit untuk marketing pun. Atomy tak mahu pengguna turut terbeban menanggung semua kos marketing di atas. Sebab tu produknya Absolute Quality Absolute Price.
Saturday, 5 December 2020
Bisnes Atomy Berbeza
Produk Atomy tidak dijual secara fizikal di mana-mana pun. Ia juga tiada dalam iklan majalah. Pada billboard di tepian highway pun tiada. Juga tiada model Korea yang dilantik untuk peragakan produknya. Atomy pun tak buat sampel atau tester untuk produk. Nampak tak Atomy tak buang duit untuk marketing pun. Atomy tak mahu pengguna turut terbeban menanggung semua kos marketing di atas. Sebab tu produknya Absolute Quality Absolute Price.

Sunday, 22 November 2020
Boleh jadi macam-macam sebab nanti kita shopping kat sini. Sebab ia harga patut, kualiti terunggul, dipersijilkan halal, ada penerangan terperinci barang dan banyak sebab lagi. Buat sahabat yang dah ada ID, kalau boleh tetapkan sebab kita shopping kat sini untuk tiga perkara ni dulu:-
1. Barang tu memang kita pakai guna.
2. Kumpul point atas setiap barang dibeli. Setiap barang ada point tersendiri dan point ni terkumpul seumur hidup.
3. Nak sesuaikan diri dengan amalan pengguna bijak era corona ni iaitu membeli secara online, bayar secara digital dan biasakan diri dengan laman webnya.
Sekarang adalah masanya dunia sedang berubah. Kita perlu letakkan diri, keluarga dan sahabat-sahabat kita dalam keadaan yang lebih baik dari sekarang. Secepat mana kita mendapat ID tu, seawal itulah kita sudah meletakkan diri dalam rangkaian ahli berdaftar dalam kerangka perniagaannya yang pesat berkembang, unik dan stabil. Barangan berasaskan keperluan harian pengguna yang Absolute Quality & Absolute Price serta pengagihan untung yang sangat adil menjadikan Atomy satu model bisnes yang luar biasa. Kita yang dah ada ID menjalankan prosesnya saja iaitu guna barangan dan kongsikan pengalaman. HARAM kita menjual pun di Atomy. Atomy tidak perlu kenal pun kita siapa, asalkan berumur lebih 18 tahun, kita semua ada potensi untuk cipta kualiti hidup kita yang baharu. Cukup sekadar ni dulu. Sesiapa yang sudah membaca post ni hingga ayat ni, harus untuk saya mengatomikan anda đ Saya akhirkan post ni dengan meminjam hashtag leader nombor 1 saya (DTA) kat bawah ni đ
#kayaberjemaahitubarakah

Saturday, 14 November 2020
Bisnes Atomy Sesuai Untuk Sesiapa Saja


Saturday, 7 November 2020
Pemakanan Sihat Untuk Sakit Buah Pinggang (Tahap 3 & 4)
Jadi, penting sebenarnya untuk kita berjaga-jaga sekiranya kita dah berada di peringkat awal kegagalan buah pinggang. Satu yang boleh dikalukan adalah dengan mengubah diet pemakanan yang mesra buah pinggang. Lebih tepat lagi ia melibatkan pengurusan nutrisi yang melibatkan protein, kalori, natrium (garam), fosfat, kaliam dan cecair.
1. Protein

Saturday, 8 August 2020
Macamana Nak Orang Terima Pandangan Kita
Ini dua tips kalau dalam mesyuarat macamana agar pandangan kita boleh diterima, khususnya oleh boss atau orang yang lebih tinggi jawatannya daripada kita. Ini skripnya :-
1. "Saya setuju dengan apa yang tuan cakap tadi, izinkan saya untuk tambah sedikit iaitu
bla.. bla.. bla.."2. Cara kedua ni, power lagi iaitu kita a
ngkat ego dia dan letak ditempat yang paling tinggi đ Contohnya, "
Apa yang
saya nak sampaikan ini tuan lebih tahuâŠ. jadinya ... bla.. bla.. bla.."


Sunday, 7 June 2020
Lama Tak Balik Kampung
Alhamdulillah, rezeki nak makan ayam selalu tu ada. Tangkap je dan bawak ke pasar untuk proses. Abah pun selalu juga ada kawan-kawannya datang beli ayam. Kerja-kerja tanggap ayam pulak, saya paling lemah. Manakala kedua-dua adik saya lebih terror bab tangkap-tangkap ayam ni. Diorang lebih brutal đ. Kelebihan saya satu jer bab ayam ni. Bila kena tangkap ayam yang duduk dalam reban sayalah yang kena. Tau sebab apa? Sebab sayalah yang paling slim. Muat-muat badan masuk dalam pintu reban. Itulah arahan yang paling saya gerun masa zaman budak-bidak tu. Bila dah remaja sikit barulah ada kekuatan emosi untuk tangkap kaki ayam đ

Monday, 1 June 2020
Kelaziman Baharu - Pada Awalnya Mungkin Susah
Bukan senang untuk kita adaptasi cara hidup pasca Covid-19. Apapun kita mesti cuba dan harungkan juga. Biasakan diri dengan kelaziman baharu. Setiap gerak geri, kita perlu berjaga-jaga. Jauhkan diri daripada manusia di tempat sesak. Berseorangan lebih selamat. Berkurung lebih selamat selagi belum diisytiharkan Covid-19 hapus sepenuhnya di atas muka bumi ni. Pada peringkat awal-awal ni mungkin ia susah, tapi kalau kita latih, latih dan biasakannya, ia takkan jadi masalah. Ubah resam lama untuk kelangsungan kita yang seterusnya. Manusia, adalah mahkluk yang boleh buat perubahan kan..

Tuesday, 26 May 2020
Raya Luar Biasa
Dengan PKPB yang masih dilaksana, harapkan setiap daripada kita terus kekal mendisiplinkan diri mematuhi segala SOP yang ditetapkan. Jaga bebersihan diri dan keluarga, jaga penjarakkan sosial, tidak berada di tepat yang berisiko tersebar Covid-19 serta keluar daripada rumah untuk urusan yang benar-benar perlu sahaja. Merentas sempadan negeri jangan sesekali.
Kekal berada di rumah dan jaga keselematan keluarga.

Wednesday, 1 April 2020
Tips Afnan Rosli - Sepanjang Tempoh PKP COVID-19
Manfaat masa PKP ini untuk amal semua perkara berikut:
1. Syukur atas apa yang dilalui (nikmat dan dugaan).
2. Mula melihat sesuatu dalam sudut positif.
3. Reset, reevaluate, restrusture and reflect.
4. Be prepared - mental, fizikal, kerohanian dan emosi.
5. Upgrade yourself.
6. Belajar sesuatu daripada peristiwa sejarah.
7. Bantu orang yang memerlukan.
8. Belek nota-nota ilmu yang kita pernah belajar sebelum ni.
9. Hati-hati apa yang kita buat dan makan.
10. Diet fizikal dan mental.
11. Stay calm and silent (just observe the situation).
12. Be excited on what is go right than what is go wrong.
13. Sementara orang lain dalam ketakutan, kita berikan kasih sayang (Love ada aura yang besar).
14. TAK SEMUA ORANG ADA GAJI, TAPI SEMUA ORANG ADA REZEKI.
15. Always ask good question.
Isikan minda dengan perkara positif ya :)

Tuesday, 31 March 2020
Jadikan PKP - Tempoh Bertapa
Kalau zaman-zaman dulu, orang yang nak mendalamkan ilmu persilatannya dia akan pergi jauh berguru dan bertapa di gua. Untuk satu tempoh yang tertentu, dia akan mengasingkan diri jauh daripada orang lain. Di situ dia akan fokus mendalami ilmunya tanpa sebarang gangguan daripada orang lain. Di situ, dia akan diuji sepenuhnya ketahanan mental dan fizikal.

Thursday, 26 March 2020
Serba Tidak Menentu
Majoriti rakyat sekarang ni memang patuh dan berada di rumah sahaja. Selainnya adalah mereka yang terpaksa bertugas atas kepentingan negara serta menjalankan aktiviti keperluan harian yang kritikal untuk keperluan semua. Pergerakan secara umum adalah dibenarkan untuk tujuan memenuhi keperluan asas seperti makanan dan ubatan.
Dah masuk hari ke sembilan hari ini dengan semalam, kerajaan mengumumkan lanjutan 14 hari lagi PKP sehinggan 14 April 2020. Sememangnya kita kena cepat membiasakan diri dan terus mengekalkan disiplin untuk mengawal pergerakan dan tidak berjumpa dengan ramai orang di luar. Bagi saya untuk duduk di rumah bukanlah sesuatu yang susah, tetapi kadang-kala pengisiannya yang menjadi cabaran. Khususnya pengisian aktiviti untuk anak-anak yang masih bersekolah. Sekiranya mereka memang gemar duduk diam membaca, tidak jadi masalah. Jika sebaliknya itulah cabarannya kepada ibubapa...

Saturday, 21 March 2020
Friday, 20 March 2020
Tangani COVID19!
1. Expert dari Nuklear Malaysia bantu KKM di ruang situasi mana yang boleh. Saya rasa mereka juga ada kepakaran dalam mengendalikan situasi kecemasan sebegini. Mereka handle situasi bahan radioaktif dan serba sedikit tidak jauh piawainya dengan mengendalikan virus berjangkit. Saya pinjam idea ni dari sahabat di sana :)
2. Baitulmal atau institusi seumpama dapat wujudkan dana kecemasan untuk salur bantuan khas kepada peniaga kecil yang terjejas pendapatan harian, sekiranya keadaan begini terus berpanjangan. Kena difikirkan sesuatu untuk golongan ini. Kalau dah ada database lebih mudah.. macam takde lagi rasanya. YB kawasan kena main peranan juga kot.
3. Setiap seorang daripada kita semarakkan kempen #StayAtHome #JustStayAtHome #DudukDiamDiRumah di semua channel media sosial yang kita ada. Inilah daya yang saya ada. Bersuara walaupun diri bukanlah siapa-siapa.

Thursday, 19 March 2020
Penamatan Projek
Projek kebiasaaanya ditamatkan atas dua faktor iaitu bilamana projek itu berjaya ataupun bila ia menemui kegagalan. Projek yang berjaya bermaksud sesuatu projek yang telah membelanjakan kos yang diperuntukkan, mengikut tempoh yang diberikan, mencapai objektif prestasi teknikal yang ditetapkan serta berjaya berintegrasi dengan proses yang ada dalam organisasi bagi mencapai misi organisasi. Manakala projek yang gagal adalah yang sebaliknya iaitu bilamana ia gagal dilaksanakan dengan kos yang diperuntukkan, mengambil tempoh masa yang terlampau lama melangkaui perancangan awal, tidak berupaya mencapai objektif prestasi teknikal yang sepatutnya dan tidak menyumbang kepada kelancaran operasi organisasi.
Penamatan projek, bagi projek yang gagal bukanlah satu pilihan yang digemari. Kebiasaaanya ada pihak yang akan dipersalahkan dan itulah yang membuatkan ia sukar untuk dilaksanakan. Apapun sebagai professional, penamatan projek tidak harus dilihat sebagai satu kegagalan, sebaliknya ia adalah satu keputusan strategik yang diambil apabila projek tersebut tidak berupaya menyokong strategi organisasi.
Sebelum kita terpaksa melalui penamatan dan sebelum hadapi situasi yang lebih rumit, apa tindakan yang perlu? Kebiasaannya kita panggil pihak ketiga atau juruaudit luar yang tidak bias untuk semak pelaksanaan projek. Akan ada findings dan recommendation. Seterusnya kita bertindak dari situ..

Wednesday, 18 March 2020
Penjarakan Diri 2 Minggu Ni Demi Kemaslahatan Sejagat

Sunday, 9 February 2020
Sembang-Sembang Cikgu
Baru-baru ni saya ada bersembang dengan seorang guru sekolah. Dia mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Melaka. Dalam berbual tu, beliau kongsikan cabaran sebagai guru di abad yang baharu ni. Antaranya, bagaimana untuk guru memberikan sebanyak masa pengajaran untuk subjek-subjek yang ada. Subjek pun dah banyak berpuluh-puluh subjek. Waktu belajar pun hanya 30 minit saja. Kadang tu bila ada keperluan untuk setup alat bantu mengajar (ICT) akan ambil lagi masa 5 hingga 10 minit. Di awal waktu kena ambil kehadiran pelajar lagi.. entah berapa lah masa berkualiti yang berbaki untuk pembelajaran. Itulah cabaran dan dilema guru zaman ni. Dikatakan juga jumlah guru semakin berkurang. Ramai yang akan bersara seawal 56 tahun.
Saya bukanlah pakar pendidikan atau pembuat polisi. Tapi saya berpandangan sesuatu yang besar perlu difikirkan dan dirancang untuk menambahbaik ekosistem sekolah dan pendidikan pada masa ni di Malaysia. Penambahbaikan ni bagi saya lebih menjurus kepada perjalanan sekolah jenis harian biasa beraliran kebangsaan. Bagi sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah berasrama penuh, sekolah MRSM dan lain-lain sekolah yang sangat berprestasi tinggi, mereka sudah agak baik dan cemerlang. Biarkan mereka kekal begitu.
Saya suka mencadangkan beberapa pendekatan berikut:-
1. Guru sama sekali dikurangkan tugasnya kepada hal pentadbiran di sekolah. Cuba wujudkan satu unit pentadbiran dan kewangan khusus dalam menguruskan hal selain daripada pengajaran dan pembelajaran. Biar guru fokus penuh kepada pembelajaran murid.
2. Buku teks. Saya perhatikan buku teks zaman ni penuh dan sarat dengan ilustrasi. Saya tak pasti sama ada itu cara terbaik untuk anak-anak zaman ni. Ia mungkin memberi kelebihan kepada pelajar yang ada lebih keupayaan visual. Mungkin dalam setiap penghujung bab, boleh diberikan satu peta minda untuk memudahkan pemahaman dan membantu pelajar yang sedikit lemah. Dalam ekonomi, B40 sering dibela. Jadi, di alam sekolah pun golongan yang di bawah inilah yang patut dibantu.
3. Jumlah pelajar dalam kelas maksimum 30 orang murid sahaja. Fikirkanlah bagaimana carapun, jumlah murid mesti ada hadnya begitu. Semakin ramai murid dalam kelas, semakin ramailah yang akan kurang memberi fokus semasa guru mengajar. Terutama yang duduk di baris belakang.
4. Alat bantu mengajar. Penggunaan ICT seharusnya boleh membantu guru dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, mereka tidak harus dibebankan untuk menyediakan kandungannya (material). Untuk peringkat sekolah ni saya fikir, memadai seminggu sekali murid di bawa masuk ke makmal komputer untuk mempelajari sebahagian silibus mengunakan perantaraan ICT. Untuk modul silibus tu biarkan pelajar membuat latihan melalui komputer. Tidak kiralah sama ada melalui aplilasi di Internet, aplikasi khusus yang dibangunkan oleh kementerian atau dengan perisian Microdoft Word saja.
5. Minimumkan penggunaan baju uniform putih. Cukuplah baju uniform putih tu dipakai sekali dalam seminggu. Banyak perkara boleh dijimatkan. Kos, masa dan tenaga. Cuba bayangkan mereka yang ada ramai anak bersekolah.
Harap pembuat dasar untuk memikirkannya untuk perancangan negara dslam RMKe-12 nanti.

Saturday, 25 January 2020
Claim Jangan Tak Claim (e-Tunai Rakyat)
Dalam minda dah melekat e-wallet ni hanya untuk orang-orang kaya yang duit dalam akaunnya banyak. Memudahkan mereka berbelanja. Tapi tidak semestinya begitu, sekalipun ada berbaki beberapa puluh ringgit pun, nilai duit tu boleh dibelanjakan untuk beli barang keperluan. Elok juga rasanya Kerajaan atau rakan strategik yang ada dalam masa sama beri juga sikit kesedaran kepada rakyat yang mungkin belum terdedah sangat tentang bagaimana cara nak guna e-wallet ni.
Buat kawan-kawan yang belum lagi claim, silakan claim. Dah dapat duit tu belanjakan terus sebab bulan Mac 2020 nanti expired dah duit tu. Tak tau juga nak belanja ke mana? Transfer jer RM30 tu ke e-Wallet saya :)

Saturday, 4 January 2020
Yang Boleh Kita Utamakan Dalam 2020 - Berjimat
- Kurangkan melihat idiot box (TV... ya TV!). Berapa jam biasa kita tengok TV dalam sehari? Kalau jumlah jam tu kita baca buku atau siapkan kerja kan lagi bagus. Taklah penat nak hadap iklan yang macam-macam tu lagi.
- Tukar aktiviti di luar rumah. Kalau sebelum ni kita asyik nak pergi MidValley, cuba tukar pergi masjid, library atau ke taman (jogging!).
- Hapuskan kad kredit. Ia hanya untuk kepuasan segera jer tu. Kad debit pun memadai untuk pelbagai transaksi.
- Berpuasa. Ia bukan saja jimatkan duit malah jimat masa dan tenaga.
- Bawal bekal. Pergi sekolah bawa bekal, perdi kerja bawa bekal, Pergi jalan-jalan pun bawa bekal. Jutawan pun ada yang buat camtu apa.
- Gunakan Internet sepenuhya. Banyak urusan zaman ni boleh dibuat secara dalam talian. Mungkin kita boleh ambil lebih lagi manfaat Internet tu dengan cipta sumber kewangan pasif melaluinya. Banyak cara, kita study dan kaji sama-sama ya :)
- Manfaatkan masa yang ada sepenuhnya. Masa merupakan aset. Pastikan kita ada masa yang berkualiti dan sentiasa ia diisi. Tak perlu sangat masa lapang.
- Belajar mengawal tekanan. Salah satu punca tekanan ialah bila kita terpaksa buat kerja yang bukan tanggungjawab kita. Deligate!
- Beli scara borong. Untuk barangan yang jenis tahan lama, beli dengan cara ni. Sila pergi ke Mydin.
- Bersahabat dengan mereka yang berilmu. Antara bidang ilmu yang patut kita bina hubungan antaranya ilmu agama, ilmu menjadi kaya dan motivasi diri.
