Tuesday 26 May 2020

Raya Luar Biasa






Alhamdulillah, Hari Raya Aidilfitri 1441H kali ni sungguh berbeza daripada biasa. Tiada balik ke kampung bertemu keluarga. Tiada solat sunat aidilfitri di masjid. Tiada nak tukar duit raya. Tiada ziarah menziarah dan tak beli baju baharu untuk raya pun. Tapi ia tak menghalang untuk ia diraikan dengan serba sederhana. Dikesempatan ni saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Syawal kepada semua yang mengenali diri saya. Maaf Zahir & Batin. Semoga segala amalan dan ibadah dalam Ramadan yang berlalu diterima oleh Allah SWT.

Dengan PKPB yang masih dilaksana, harapkan setiap daripada kita terus kekal mendisiplinkan diri mematuhi segala SOP yang ditetapkan. Jaga bebersihan diri dan keluarga, jaga penjarakkan sosial, tidak berada di tepat yang berisiko tersebar Covid-19 serta keluar daripada rumah untuk urusan yang benar-benar perlu sahaja. Merentas sempadan negeri jangan sesekali.

Kekal berada di rumah dan jaga keselematan keluarga.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails