Sunday 7 June 2020

Lama Tak Balik Kampung





Dalam sehari jer ayah (mentua) siapkan reban ayam ni dibantu kawannya. Senang nak bela ayam kampung dengar ceritanya. Tengok gambar reban ayam ni, teringat saya balik masa zaman kecik-kecik dulu. Abah hobinya bela ayam. Ayam siam lagi dan bukan setakat belas-belas ekor, tapi satu masa tu rekod rasanya cecah lebih 100 ekor. Pernah juga satu ketika binaan reban-reban tu hampir ada keliling rumah. Tahi ayam jangan ceritalah, lebih-lebih lagi bila ayam tu jalan atas simen yang tepi-tepi rumah tu. Memang ayam ni senang menciritkan tahinya bila jejak kaki atas simen.

Alhamdulillah, rezeki nak makan ayam selalu tu ada. Tangkap je dan bawak ke pasar untuk proses. Abah pun selalu juga ada kawan-kawannya datang beli ayam. Kerja-kerja tanggap ayam pulak, saya paling lemah. Manakala kedua-dua adik saya lebih terror bab tangkap-tangkap ayam ni. Diorang lebih brutal 😆. Kelebihan saya satu jer bab ayam ni. Bila kena tangkap ayam yang duduk dalam reban sayalah yang kena. Tau sebab apa? Sebab sayalah yang paling slim. Muat-muat badan masuk dalam pintu reban. Itulah arahan yang paling saya gerun masa zaman budak-bidak tu. Bila dah remaja sikit barulah ada kekuatan emosi untuk tangkap kaki ayam 😆


Bila diimbau lagi kenangan zaman abah ada bela ayam ni, bila time cuti sekolah atau hujung minggu, abah akan amik kesempatan buat reban baharu. Time tu lah kami anak-anak ni kena gotong-royong tolong abah bertukang, gergaji kayu, pasang atap, pasang jaring dan lain-lain kerja untuk buat reban. Yang bestnya time bila nak cat reban. Mengecat saper tak suka kan? Budak-budak kalau disuruh mengecat memang takkan tolak. Berebut lagi ada. Reban pun kami cat minyak tau. Cat minyak macam rumah-rumah orang Melaka yang warna merah tu. Pada tiang-tiangnya kami cat minyak hitam. Nak bagi tahan lama kayu tu tak dimakan anai-anai atau reput.  Abah kalau buat reban memang saya kagum sampai sekarang. Bila kami berpindah rumah, kadang kala reban tu pun abah angkut sekali ke rumah baharu. Reban cantik dan kukuh tu, sayang kalau ditinggalkan begitu. Angkut sekali naik atas lori.
 
Itu lah sikit pengalaman zaman bebudak saya dulu. Budak-budak sekarang, perkataan "reban" tu mungkin mereka tau tahu ðŸ˜† 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails