Sunday 10 June 2018

Sivik Orang Kita

Orang Malaysia saya rasa dah semakin bijak, maju dan agak berakhlak juga. Cuma rasanya, ada sikit-sikit lagi beberapa perkara dalam kehidupan Bangsa Malaysia di tempat awam yang boleh diperbaiki. Perkara-perkara ni sebenarnya kecil jer pun, tapi alangkah cantiknya kalau sama-sama kita dapat budayakan. Saya nasihatkan diri dan keluarga juga. 5 diantaranya: 1. Bila dah selesai makan, rajinkan tangan kemas pinggan cawan yang ada di meja. Susun elok-elok dan asingkan sisa lebihan makanan dan tisu dengan teratur. Lapkan dengan tisu jika ada yang tertumpah. Kerusi tu tolak masukkan ke meja elok-elok. Selesalah sikit untuk orang yang nak duduk makan di meja tu selepas tu kalau tak sempat lagi tukang kemas datang kemas meja. Jangan nampakkan meja lepas kita makan tu umpama kesan tinggalan "Perang Dunia Ketiga". 2. Biasakan makan hingga habis dan licin di pinggan. Di tempat negara susah yang lain, ada yang bulur takde apa nak dimakan tau. Masa amik tu, agak-agaklah boleh habis ke tidak. Kalau memang tak habis juga, sebab kenyang contohnya, tapaukan jer!! 3. Kalau kita dah selesai makan, bagi peluang orang lain pulak duduk makan. Toksah duk sibuk berborak sakan lagi bila ada orang lain yang tengah sengsara berdiri menunggu penuh harapan mencari meja kosong. Ini paling kritikal bagi kes semua meja penuh terutamanya masa-masa macam berbuka puasa di R&R. 4. Disiplinkan diri beratur dalam barisan untuk apa jua urusan. Baik untuk memilih makanan, nak bayar di kaunter atau nak basuh tangan sekalipun. Kambing pun pandai beratur dalam barisan. 5.Masa mencuci tangan di sinki basuh tangan, jangan hanya tangan kita jer bersih, tapi pastikan juga sinki tu pun bersih sekali. Bila dah selesai berkumur contohnya, cuba jangan tinggalkan apa-apa butiran nasi, sambal, sayur, tulang ikan atau kulit kerang kat sinki tu 😅 Kalau menghempus hinggus, agak-agak sikit bunyi buang hingus tu sebab manalah tahu, ada Makcik Bawang kat belakang tu yang tengah selera minum cendol. Air paip banyak dan sabun pun dah disediakan. Jirus ler bersih-bersih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails