Tuesday 5 June 2018

Relevan atau Tidaknya Kita?





Dengan situasi semasa (pemerintahan Kerajaan baharu) kini, kita dapat lihat banyak dasar dan perubahan yang dilakukan dengan tujuan utamanya untuk memastikan tadbir urus ditambah baik dalam Kerajaan dan Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan. Ada jabatan yang ditutup, ada yang digabungkan untuk dirasionalkan dan diselaras bagi menambahbaik keberkesanan pelaksanaannya dan fungsinya kepada rakyat.

Dalam konteks jabatan atau organisasi, jelas kewujudannya adalah berdasarkan keperluan dan objektif ia ditubuhkan. Selagi operasinya tidak lari daripada objektif penubuhannya ia akan masih kekal relevan. Cuba semak dan fikirkan sejenak apakah sumbangan organisasi kita dengan kewujudannya. Apa yang organisasi kita sumbangkan kepada pelanggan dan negara. Kalau dalam konteks jabatan Kerajaan, apakah sumbangannya kepada ekonomi dan kemakmuran negara? Senangkan nak nilai sama ada relevan lagi tak organisasi kita tu. Ini cara penilaian rakyat marhaen seperti saya. Guna logik dan common sense pun dah cukup untuk buat kita faham apa yang sedang berlaku.

Begitu jugalah sebenarnya untuk keberadaan kita dalam konteks individu. Nak tahu kita ni masih relevan atau tidak dimana tempat kita berkhidmat ialah hanya lihat apa sumbangan yang kita boleh buat di pejabat. Lihat apa yang kita telah beri. Lagi banyak yang kita boleh sumbang menunjukkan kita sangat relevan di tempat tu. Tepuk dada, tanya selera ;)

Moga kita terus releven di mana jua kita berada.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails