Saturday 25 July 2015

Menung jer kat pejabat?!

Apa yang saya zahirkan dalam entri kali ni mungkin agak sensitif. Bak kata pepatah, siapa makan cili dia terasa pedas. Tapi saya suka mengetengahkan hal ini kerana ianya sangat rapat dengan kita semua, terutama yang bekerja di pejabat, lebih-lebih lagi yang kerja di "Putrajaya" dan yang sewaktu dengannya. Rasa terpanggil nak menegur dengan mata pena. Diri saya juga tak terkecuali :)

Saya kadang kala perhatikan kita yang bekerja di pejabat ni tak bekerja sungguh-sungguh. Masa 8 jam yang diperuntuk untuk bekerja mungkin 5 jam saja yang betul-betul kerja. Selebihnya mungkin duduk termenung, tidur dan mengeteh.

Bagi saya, sememangnya kerja di pejabat tu memang banyak kalau hendak diikutkan. Kalau rasa tiada kerja tu, cuba cari kerja. Pasti ada kerja yang boleh dicipta. Setidak-tidaknya, buatlah sesuatu yang boleh meningkatkan kemahiran dan ilmu berkaitan kerja. Saya telah mengamalkannya sekian lama. Tak pernah pun ada sehari rasanya yang free duduk menung.

Seperkara lagi, sesetengah staf ni banyak sangat bersembang. Macam-macam topik perbualan tak habis-habis. Hal kucinglah, hal anak-anak, hal kereta, hal kain baju dan lain-lain. Menyembang masa kerja memang seronok. Tapi cuba fikirkan sejenak, nilai gaji yang kita dapat setiap hujung bulan dengan kerja yang disumbangkan.

Ketiganya, jenis yang asyik main games jer. Yang ni saya simpan dulu komen untuk mereka.

Tak dinafikan perkara sebegini berlaku disebabkan bos yang terlalu baik dan tak proaktif. Atau mungkin juga boss terlalu sibuk dengan tugasnya sendiri dan mesyuarat yang tak sudah-sudah.

Akhirnya saya disini menasihatkan diri yang menulis dan kawan-kawan untuk bekerja penuh tanggungjawab, menjaga amanah diberi dan tekun bekerja. Jauhi sikap malas, berehat-rehat dan tak proaktif dalam bekerja.

Orang hebat, mereka tidak duduk diam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Tuan, ini bukan isu sensitif. Selayaknya isu ini dibicarakan. Selaku orang makan gaji, memang sifat2 yang tuan terangkan, ada pada saya, dan munkin juga orang lain diluar sana. Kelemahan dan kelalaian inilah yang harus kami baiki dan seharusnya entri tuan membuatkan kami terasa. Terasa insaf, bukan terasa sakit hati. Terima Kasih

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails