Friday 30 July 2010

Idea & Facebook




Satu fenomena yang kita lihat sekarang ini yang paling meletup rasanya tidak lain tidak bukan adalah kewujudan facebook sebagai wadah komunikasi jaringan sosial masyarakat dalam medium maya di internet. Kehebatan dan penangannya amat kuat sekali kepada generasi muda khususnya. Tidak kurang juga bagi generasi yang lebih dewasa. Tidak menghairankan jika dikatakan ada orang pada setiap hari akan meng"online"kan diri mereka untuk mengemaskini status dan melihat status orang lain di facebook atau ringkasnya 'fb' ini.

Saya sendiri pun sebenarnya agak lewat mencebur diri dalam ruang fb ini.. pada awalnya rakan-rakan memang telah lama mengajak tetapi rasa macam tak perlu.. tetapi setelah merasai keupayaan dan kehebatan fungsi dan ciri yang ada pada fb ini, rasanya ia seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada keperluan hidup. Ia boleh dikatakan keperluan untuk berhubung, berfikir, bertukar-tukar fikiran, mengemukan pandangan, meluahkan fikiran, melepaskan dendam, berkongsi maklumat, mencari sesuatu dan sebagainya. 

Apa pun hebatnya facebook ini, saya cuma ingin berpandangan di sini bahawa facebook bukanlah sesuatu benda yang amat ajaib dan juga ia bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dicipta. Teknik dan aliran aplikasinya juga mungkin tidak serumit mana untuk difikirkan. Facebook bukan benda yang terlalu canggih. Tetapi ia telah cukup BERJAYA untuk membuatkan ramai orang senang dan selesa kepadanya.

Mungkin kita boleh belajar daripada idea pencipta laman sosial ini, bahawa kadang-kala perkara yang biasa-biasa dan mudah sebenarnya jika diatur dan diolah cantik-cantik boleh membuahkan kejayaan yang besar dan luar biasa. Sedih juga apabila ada diantara kita (anda dan saya) yang merasa agak sukar sangat untuk menjana idea-idea mudah tetapi bernas di sekeliling ruang persekitaran kita.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Salam,
    Memang sekarang ni semacam wujud budaya facebook. FB ini bagus kalau tidak disalahgunakan. Nak cari kawan lama pun , boleh dilakukan melalui FB. Tetapi malangnya medium ini telah dislhgunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Kita boleh jadi mangsa penipuan !

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails