Saturday 9 January 2010

Kenapa Perlu Buat Begitu..

Terjadinya beberapa insiden yang amat kita tidak sukai. Merujuk kejadian melontar molotov cocktail di tiga buah gereja dan melempar batu di sebuah surau di Selangor, saya mengandaikan mereka yang terlibat melakukan perbuatan ini samada:

1. Tidak berfikir panjang semasa melakukannya.. atau,
2. Mereka memang bertujuan untuk "menangguk di air keruh".

Bagi andaian pertama, mungkin mereka benar-benar marah dengan situasi yang sedang melanda dan tanpa pertimbangan keatas perasaan dan emosi, mereka  telah bertindak membabi buta.. Mereka seharusnya berfikir dahulu tentang natijah kesan perbuatan mereka. Mana-mana agama pun tidak mengajar pengikutnya melakukan pencerobohan dan kerosakan kepada agama lain.

Bagi andaian kedua, ini amat-amat dikesalkan jika mereka cuba memperlaga-lagakan kedua-dua belah pihak..Islam dan Kristian. Tentunya mereka ini merupakan anasir yang sememangnya paling bahaya dan boleh meruntuhkan sama sekali keharmonian yang ada.

Keharmonian dalam negara janganlah dimusnahkan oleh tindakan-tindakan yang boleh menyentuh sensitiviti sesama kita yang berbilang kaum, budaya dan agama. Semua pihak seharusnya perlu mengambil pendekatan tunggu dan bertenang seketika untuk melihat jawapan tentang siapakah yang bertanggungjawab. Saya yakin dengan kredibiliti yang ada pada PDRM, mereka boleh menjejaki dan mendapatkan jawapan dalam kes ini.




Marahkan nyamuk, jangan kelambu hendak dibakar..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Salam,
    Saya pasti mereka tak fikir panjang. Janganlah hendaknya berlaku keadaan di mana kita merosakkan hartabenda kita sendiri semata-mata mahukan orang kata musuh kita yg lakukannya. Penangguk di air keruh juga ada pelbagai jenisnya. Semoga kerajaan yg sah (pusat & negeri), insya Allah, dapat menjamin ketenteraman & keselamatan kita semua.

    ReplyDelete
  2. Saudara "10 Budak Hitam",

    Terima kasih banyak kerana sudi menjadi followers di blog saya. Saya juga telah menjadi followers di blog saudara.. Moga kita boleh sentiasa bertukar pandangan dan fikiran demi manfaat semua pembaca.


    Salam Ukhwah

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails