Sunday 15 July 2018

Sebaik-Baik Teman Adalah Hati


Berbaik dan bermufakatlah dengan diri kita sendiri sebagaimana kita berbaik pakat dengan kawan-kawan bilamana nak mengusahakan sesuatu tujuan.


Hati ni, ada hati besar dan hati kecil. Hati kecil adalah lubuk hati yang lebih dalam. Sekiranya kita ingin mencari jawapan kepada segala masalah diri yang dihadapi cuba bertanya lebih daripada sekali kepada hati. Biasanya hati besar akan menjawab dahulu dan jawapan diberi adalah kurang pertimbangannya. Hati kecil pula akan menjawab selepas itu dengan lebih pertimbangan waras. Jelas sekali hati besar tiada masa nak melayan permasalahan diri yang dihadapi, manakala hati kecil lebih ikhlas nak mambantu dan memujuk diri kita mencari kebaikan dan kebenarannya. Hati besar sering memberi jawapan dengan penuh rasa ego manakala hati kecil lebih bersifat jujur. Itulah beza kedua-duanya yang harus kita sedar.

Saya pernah mendengar orang berkata, nasihat yang paling baik bukanlah nasihat yang boleh direkod dalam buku-buku sejarah, tetapi nasihat-nasihat yang boleh merubah diri kita. Ia mungkin nasihat yang mudah-mudah atau kecil perkara tetapi ia memampukan kita melaksanakannya sampai bila-bila. Ia menjadi prinsip diri yang teguh diamalkan.


Jadi percayalah dengan penuh keyakinan hati kecil boleh membantu dalam banyak hal bila kita ikhlas dan mahu bertanya kepadanya. Mudah kata, hati besar itu tadi adalah rasa hati dan hati kecil tadi adalah suara hati. Suara hati bersifat lebih lembut dan penuh rasa peduli untuk diri. Suara hati akan memberi pandangan dengan mengambil kira segala kelemahan dan kelebihan diri. Itulah teman sebenar yang sejati..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails