Thursday 15 February 2018

Selamat Bersara Boss

Boss saya pada hari semalam, 14 Februari 2018 adalah Yang Mulia Puan Hjh Tengku Suriani Binti Tengku Anuar Zainal. Beliau telah menerajui Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) RISDA sejak 2013 sehingga kini.

Semalam adalah hari terakhir bagi beliau berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian di BTM. Disaat-saat akhir sebelum ketikan punch card pun, beliau sempat lagi mempengerusikan dua mesyuarat bersama perunding dan pembekal. Dedikasi penuh hingga ke detik-detik jam terakhir tu nampaknya semalam.

Sebagai anak buah, pelbagai pengalaman dan tunjuk ajar telah saya perolehi selama bekerja bersama beliau. ICT bukanlah satu cabang disiplin yang statik dan bersifat rutin. Dalam konteks kerja, bidang ICT adalah satu skop tugas yang mengkaji, membangun, melaksana, menyenggara bagi mewujudkan pemodenan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam menyokong pencapaian fungsi dan misi organisasi. Bukan tugas mudah untuk kita deal dan menguruskan persekitaran, manusia, dasar dan segala proses untuk disesuaikan selari dengan perubahan teknologi ICT yang begitu pantas sifatnya.

Apapun saya melihat beliau telah merancang dengan begitu teratur sekali untuk projek pembangunan ICT dan telah membawa BTM ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Atas usaha keras, ketegasan dan komitmen bersama dalam kerja berpasukan yang beliau terapkan selama ini, ia telah membuahkan banyak pembaharuan dan kejayaan, bukan hanya di peringkat BTM malah kepada RISDA sendiri.

Beliau telah meletakkan satu aras (benchmark) prestasi yang tinggi untuk terus diberikan kesinambungan oleh pengganti beliau selepas ini.

Selamat maju jaya saya ucapkan kepada beliau atas tanggungjawab baharu selepas ini. Semoga beliau sihat dan ceria nanti bila dah jadi YB (Yang Bersara) sepenuhnya. In Sha Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails