Monday 24 June 2013

Jangan Abaikan Keselamatan Siber



Masih lagi terdengar di mana-mana tentang penipuan dalam talian..Ramai mangsa penipuan melibatkan wang dan cinta adalah wanita.. Kasihan sungguh.. Kali ni saya cuba nak fokus antara lain menjurus kepada isu keselamatan data peribadi semasa kita berada dalam talian dan istilah "Big Data" juga. Saban hari kita menggunakan internet dan komputer. Sedar ataupun tidak kita, sistem komputer dan data milik kita sebenarnya terdedah kepada orang lain. Data diri kita sebenarnya adalah terdedah untuk diambil, diketahui dan disalahguna oleh mereka yang berniat tidak baik. Malah di luar bidang atau ruang lingkup ICT pun data peribadi kita boleh dicuri atau diperolehi oleh orang lain. Contohnya apabila seseorang bertanyakan   anda tinggal dimana dan kerja dimana? Anda jawab dua soalan ini.. dia dah dapat dah 2 maklumat diri anda.

Big Data pula merujuk kepada penggunaan data yang semakin banyak dan berganda-ganda setiap saat. Bayangkan dalam sesaat berapa banyak kemaskini status di FB, twit di Twitter, post di blog dan emel yang dihantar dalam dunia.. Besar bukan.. antaranya ini adalah terhasilnya istilah "Big Data". Setiap daripada kita sendiri pun ada banyak data. Cuba anda bayangkan data anda di Facebook, Twitter, blog, di laman-laman agensi tertentu, bank dan sebagainya.

Saban hari dengan pelbagai tugasan di pejabat melalui transaksi dalam talian, penghantaran data seperti emel, laman sosial dan pelbagai laman web yang dilawati mungkin boleh menjadi medium berlakunya kecurian data. Jadi kita perlu berhati-hati. Bagaimana nak mengatasinya? Tidak mudah dan tidak susah juga.. cubalah bertanya pada yang pakar ataupun setidaknya kita google.. hati-hati juga dengan apa yang anda googlekan kerana rasanya Google itu sendiri menyimpan profail diri setiap pengguna  ;)

Antara lainnya, cubalah sebaiknya kita membina halangan dan mencegah data peribadi daripada diceroboh. Paling asas pasang password yang kuat pada PC, sebarang akaun dalam talian dan "Trust No Body". Pastikan antivirus dikemaskini dan tidak klik pada mana-mana perkara yang mencurigakan semasa berada dalam talian baik dari lampiran pada emel, popup box yang muncul di skrin atau klik pada link yang tidak difahami. Jangan ambil ringan tetang isu keselamatan data ini ya para rakan di luar sana. Sebagai mana kita menjaga harta peribadi lain dan rumah tangga kita, begitulah patutnya kita menjaga data dan komputer kita.  Lebih-lebih lagi yang disambung ke talian internet/wifi atau berada dalam rangkaian tertentu.

Data anda selamat, anda juga selamat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails