Monday 14 November 2011

Saiz Penjawat Awam Terlalu Besar?!!





Orang besar-besar yang dah sampai tahap DEWA ni kadang-kadang pelik jugak cara mereka berfikir. Boleh dipersoalkan pulak saiz penjawat awam yang ada ni.. Dah saiz tu besar, maknanya memang banyaklah kerja dan tanggugnjawab yang kena dan sedang dipikul oleh penjawat awam. Saiz yang besar tu sememangnya disumbang oleh sektor pertahanan, pendidikan dan kesihatran. Kalau jumlah mereka ni kurang macamana nak support rakyat yang ramai yang memerlukan pelbagai jenis perkhidmatan yang ada ni..

Kualiti perkhidmatan awam di Malaysia telah diikhtiraf sebagai antara yang terbaik di dunia. Ini jelas menunjukkan secara KESELURUHAN, penjawat awam telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Ini bermakna penjawat awam dengan saiz yang ada kini adalah sesuatu yang SESUAI dan PADAN dengan Malaysia. 

Bagi saya dimana-mana sektor pun apabila jumlah entitinya ramai dan besar tentu sekali kita tidak boleh lari daripada mengalami cacat lela dimana-mana. Begitu juga dengan kumpulan penjawat awam. Saya lihat ramai yang bertanggungjawab dan benar-benar bersungguh dalam pekerjaan dan memberikan khidmat. Tetapi malangnya, adalah juga segelintir kecil yang agak kurang beramanah dalam kerjanya yang mungkin perlakuan negatif ini yang sering DITEROPONG dan diperbesarkan oleh masyarakat.

Apapun memang banyak lagi ruang untuk penambahbaikan dalam peranan dan peningkatan mutu kerja dan perkhidmatan penjawat awam.. Sememangnya kerajaan telah sedar penjawat awam dengan agensi masing-masing amat penting dalam pemacu dan mempastikan perjalanan negara baik dan berkembang maju. Itulah sebabnya ada banyak elemen pemantauan, kawalan, pengurusan prestasi dan tak lupa aspek inovasi semakin diterapkan dalam perkidmatan awam.

Akhir kata.. Jangan diherankan saizya yang besar tetapi HERANkan jika peranan mereka tidak besar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. SALAM,
    BERFIKIR SECARA OBJEKTIF. INI DIPENGARUHI OLEH KEPENTINGAN POLITIK. INI MASALAHNYA, FT. MALAS NAK BERHUJAH DGN MEREKA YG BERKENTINGAN NI. MASIH TAK SEDAR KE DGN PERMAINAN MEREKA NI !


    p/s. Jemput ke perjumpaan pd 18 dis nanti

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails