Monday 2 August 2010

Bukalah Plastik tu..


  


Beberapa hari lepas saya ke sebuah perpustakaan menemani isteri untuk mencari buku. Sambil-sambil tu saya pun pusing-pusing di dalamnya melihat buku-buku yang ada. Sempatlah membaca 1,2 buku menambah sedikit pemahaman tentang ilmu kehidupan di alam maya ni. Memang perpustakaan adalah suatu tempat yang amat berpotensi untuk dikembangkan peranannya bukan sekadar untuk orang datang meminjam dan membaca sesuatu, tetapi lebih jauh daripada itu seperti turut bertindak untuk menggalakkan anak-anak kecil mencintai ilmu. Perpustaan itu nampaknya memang ada kelainan dan kelengkapan yang baik dan memuaskan seperti tempat duduk, kedai jualan, ruang kanak-kanak, ruang multimedia, sudut sejarah, sudut interaksif, pameran, majalah, akhbar, lanskap yang menaik, ruang perbincangan, parkir yang luas dan sebagainya. Saya melihat ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke sana untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Satu budaya yang baik dan amat bagus! Saya perlu mencontohinya.

Melihat suasana dalam perpustakaan itu memang amat selesa bagi mereka yang sukakan kepada aktiviti pembacaan. Cuma apabila mata saya ternampak di beberapa sudut, ada satu perkara yang saya fikir seolah-olah dipandang ringan oleh kita. Mungkin segelintir sahaja agaknya. Perabot baru khususnya apabila kita beli dan peroleh akan datang bersalut dengan plastik. Plastik itu bertujuan untuk melindunginya daripada habuk dan calar. Tetapi "MENGAPA" bila sampai ke lokasi penggunaanya, perabot itu masih lagi berbungkus-bungkus. Antara tempat yang biasa kita lihat adalah seperti di bank, pejabat POS, pejabat kerajaan dan lain-lain. Sekiranya dibuka pun selalunya tidak kemas kerana ada kesan dan lebihan plastik pembalut terlekat dan dibiarkan begitu sahaja. Yang bagusnya (tak bagus sebenarnya) plastik tu akan melekap di situ sampailah ia lusuh dan tercabut sendiri. Kan buruk sangat rupanya tu..

Lihat gambar di atas.. saya mengambilnya pada 31 Julai 2010. Kalau panjang umur, saya akan cuba ke tempat yang sama dalam setahun lagi dan melihatnya sekali lagi. Saya rasa kesan plastik itu akan terus melekap disitu setahun lagi. Kita tunggu dan lihat ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Salam FT,
    Tak mahu mengapa orang suka kekal sarung platstik ! Mungkin memikirkan perkakas boleh tahan lama jika sarung plastik dikekalkan ! Bila plastik tu bertukar warna, buruk betul nampaknya

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Luahfikiran,
    Sangat setuju dengan Tuan, perkara ni memang amat kecil, kata orang tak jadi kudis pun.. tetapi mungkin bagi sesetengah orang yang peka akan nampak perkara tu.. Bila dah berjurai-jutai akan nampak selekeh dan tak nampak langsung kecantikan perabot / barangan itu.

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails