Tuesday, 27 December 2016
Bila kita malas, kita akan lebih membayar
Setuju tak kalau saya katakan, kalau kita malas, kita akan perlu lebih berbelanja.
Kalau kita malas nak membasuh, kita akan hantar ke dobi - duit
Kalau kita malas nak basuh kereta, kita akan hantar car wash - duit
Kalau kita malas masak, kita kena beli makan di kedai - duit
Kalau kita malas kemas rumah, kena ada pembantu rumah - duit
Kalau kita malas jaga gigi, kena jumpa doktor gigi - duit
Cuba fikir-fikirkan :)

Thursday, 22 December 2016
Santai Disember
Alhamdulillah, tengah hari tadi lunch bersama kawan-kawan pejabat dan boss juga. Ia juga bersempena perpisahan seorang staf yang cukup rajin dan hebat orangnya. Begitulah adat kita sesama manusia, pertemuan dan perpisahan perkara biasa. Kita akan belajar ada dengan sesiapa saja yang berada dikeliling kita. Moga beliau berjaya dan baahagia di pejabat baharunya.
Dah lama rasanya tak makan sedap-sedap di tempat yang best dan luar biasa macam di KL Tower ni. Penghujung 2016 ni ada rezeki rupanya makan kat restoran yang berputar di ketinggian lebih 200 meter sambil menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur. Memang seronok dan hilang seketika segala masalah di kepala :)

Subscribe to:
Posts (Atom)