Wednesday 16 September 2015

Perhimpunan Jalanan - Tak Payahlah Buat..


"SELAMAT HARI MALAYSIA"

Hari ni perhimpunan warna merah berjalan di Kuala Lumpur. Beberapa minggu lepas perhimpunan warna kuning. Memang setiap kumpulan tu ada perjuangannya tersendiri dan agenda masing-masing. Itu saya amat hormati. Memanglah setiap kita ni takkan semua orang akan memihak kepada kita. Pasti ada lawan atau musuh yang memang takkan senang atau nak terus duduk diam dengan kita. Itu semua normal. Orang baik ditentang apatah lagi orang tak baik pun memang wajar kena tentang,

Cuma apa yang saya lihat dan terfikir, apakah ini cara dan gaya terbaik dalam menyelesaikan apa jua isu yang ada? Dah macam tiada jalan lain yang boleh dibuat. Mungkin pandangan pihak yang menganjurkan perhimpunan, berkehendakan publisiti dan perhatian. Itu memang wajar tetapi cara berhimpun dijalanraya pada skala sebesar tu tak beberapa nak kena bagi saya.

Pertama ia merosakkan imej Malaysia, kedua ia mengganggu masyarakat awam lain, ketiganya kesan tinggalan selepas perhimpunan tu biasanya banyak kerosakan harta benda, sampah ditinggalkan macam orang tiada tamadun dan sebagainya. Paling tak best, bila dah ramai pasti sukar untuk jadikan ia perhimpunan yang aman dan sopan. Pasti keluar macam-macam tingkah laku provokasi yang boleh mengguris perasaan orang lain.

Sebenarnya apa yang saya risaukan sangat, adalah pengaruh luar yang mungkin turut sama masuk jarum dalam hal seperti ini. Ia pasti tidak mustahil. Bila ada acara seperti ini, sememangnya dunia akan memfokuskan seketika perhatian kepada Malaysia dan kesannya pasti banyak yang negatif. Apa yang negatif tu sama-sama kita fikir. Saya andaikan acara-acara yang ada ni bukanlah satu perancangan licik daripada "mastermind" luar yang nak lihat Malaysia atau Islam jatuh dan hancur. Harap andaian saya tak betul. Moga kerahmatan dan kesejahteraaan bertambah baik di bumi tercinta ni. Malaysia Tanah Airku!

P/s: Mahu Hidup Aman Damai

#WarnaWarniMalaysia
#SayaAnakMalaysia

FaizalTajudin
Blogger & Usahawan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...