Saturday 19 February 2011

3 Paradigma Tentang Stres



Dalam seminggu dua ni ramai yang MC ataupun mengambil cuti sakit. Beberapa hari lalu ketika saya lalu di hadapan sebuah klinik, kelihatan ramai betul yang sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor. Memang sedikit luar biasa jumlah orang yang tidak sihat dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Lebih tepat lagi sejak CNY yang lalu. Makan limau banyak sangat agaknya ataupun cuaca yang tidak beberapa baik agaknya. Apapun sakit dan keadaan tidak selesa ini sememangnya akan mengganggu aktiviti dan tumpuan kehidupan seharian kita baik di rumah ataupun di tempat kerja. Semoga semua rakan dan kenalan kita yang kurang sihat akan segera sembuh dan kembali sejahtera seperti biasa.Setelah hampir 3 minggu agaknya blog ini sepi tanpa post dan berita. Sebenarnya hasrat untuk menulis dan menukilkan itu ada cuma kesuntukan ruang dan ketika sahaja. Sebelum ianya dirancakkan kembali suka untuk saya berkongsi kepada pembaca dan terutamannya juga untuk mengingatkan diri sendiri bahawa penyakit boleh membawa kepada stres. Dan yang lebih penting lagi saya rasa, dalam keadaan yang sebaliknya iaitu stres boleh membawa kepada penyakit atau sakit. Berdasarkan ingatan saya daripada penyampaian seorang motivator beberapa bulan lalu, ada 3 paradigma yang perlu kita fahami dan terima mengenai apa itu stres. Ringkasnya adalah seperti berikut:

1. Bersangka baik pada stres.
Kita perlu menerima hakijkat bahawa tubuh kita memang ada ketikanya memerlukan stress dan tekanan. Banyak benda dalam dunia ini juga perlukan ketegangan. Tali gitar sebagai contoh perlu kepada tegang. Mana mungkin tali gitar yang kendur boleh menghasilkan bunyi dan melodi yang sedang didengar. Kadang kala dengan sedikit ataupun banyak tekanan menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya.

2. Stres adalah isyarat untuk kita bertenang.
Setiap sesuatu yang mencetuskan ketegangan dan tekanan memberitahu kita bahawa kita sedang menghadapi stress. Mungkin stres yang dirasakan itu besar ataupun kecil . Jika ianya kecil, pastikan ianya segera diuruskan sebelum ianya berganda menjadi stres yang lebih besar. Untuk menghadapinya amalkan formula 3B iaitu berhenti, bernafas & bertenang. Tidaklah sesusah manakan? Moga kita semua berjaya mempraktikkannya nanti.

3. Stres mendekatkan kita kepada tuhan.

Kita perlu terima dan sedar bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri. Tidak semestinya apa sahaja perancangan yang dibuat akan berjalan dengan baik kerana kehidupan kita adalah amat banyak kemungkinannya. Titik-titik yang dilalui bukan selaluya boleh berada diatas tetapi juga ditengah dan bawah iaitu umpama putaran roda. Apa yang penting hadapilah ia dengan emosi dan fikiran yang positif.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...