Melihat tindakan mereka ini, kita seharusnya memberi sokongan padu kepada mereka kerana bukan senang nak dapat penajaan sebegitu rupa oleh syarikat-syarikat korporat di luar sana. Sukan bola sepak yang sememangnya sukan nombor 1 negara, sememangnya mempunyai pengikut dan peminat sendiri. Walaupun prestasi dan pencapaian bola sepak kita hanya biasa-biasa, setidak-tidakknya dengan suntikan daripada orang-orang hebat seperti mereka ini, ia boleh memberikan nafas baru kepada sukan bola sepak tempatan.
Thursday, 14 January 2016
Terlajak Gol...
Melihat tindakan mereka ini, kita seharusnya memberi sokongan padu kepada mereka kerana bukan senang nak dapat penajaan sebegitu rupa oleh syarikat-syarikat korporat di luar sana. Sukan bola sepak yang sememangnya sukan nombor 1 negara, sememangnya mempunyai pengikut dan peminat sendiri. Walaupun prestasi dan pencapaian bola sepak kita hanya biasa-biasa, setidak-tidakknya dengan suntikan daripada orang-orang hebat seperti mereka ini, ia boleh memberikan nafas baru kepada sukan bola sepak tempatan.
Monday, 11 January 2016
Berjimat Mana Yang Mampu
Percayalah ;)
Monday, 4 January 2016
Bermulanya Harapan 2016
Thursday, 31 December 2015
Kira Detik 2016
Pada saat ni, kita patut dah tahu jauh mana pencapaian diri untuk 2015. Apa yang menjadi dan mana yang kurang menjadi. Dalam masa sama kena tengok juga dimana ada lagi kekurangan yang kena diperbaiki dan dimana kekuatan yang boleh diperhebatkan.
Yang penting juga, pasti ada kesilapan yang telah kita buat dalam merencana segala agenda sebelum ni. Masih belum terlambat untuk berubah selagi kesempatan diberi.
Dikatakan 2016, tahun yang perit penuh mencabar. Pesan untuk diri dan sahabat: Perteguh diri, cepat sesuaikan diri dan minta petunjuk hidayah daripadaNya.
Mungkin di masa lepas kita tak merebut segala peluang yang ada. Banyak perkara yang mungkin kita terlepas. Terlepas untuk memberikan yang terbaik untuk diri, keluarga, bangsa, negara dan agama.
Bagi yang sukses 2015, moga terus gemilang lagi dalam 2016.
Moga kita terus dikurniakan rezeki melimpah ruah dan keberkatan dalam hidup. Amin..
#JadiOrangBaru
#SalinKulit
#Bangkit
Monday, 28 December 2015
Saya Bocorkan 1 Rahsia
Syarat nak mohon mudah jer pun:
1. Ada kebuh getah.
2. Ada minat.
3. Ada kemahiran sikit-sikit.
4. Buat projek secara full time.
5. Sedia untuk hadir kursus yang diberikan.
#SetiapCerukAdaPejabatRISDA
#ApplyJanganTakApply
#AmikKesempatan
Tuesday, 24 November 2015
Memikat Followers Facebook
Nak pikat followers di Facebook?
Ini antara yang boleh kita sama-sama cuba. Jangan posting tu menjurus satu style saja. Wujudkan kepelbagaian posting. Barulah menarik dan tertarik orang nak baca.
Ada 1001 benda kita boleh tulis sebenarnya. Idea, jenaka, pengalaman, falsafah, nasihat, teguran, suspen, lawak, kemusykilan, dakwah, tips berguna, mutiara kata, bahasa, seni, alam sekitar, teknologi, sukan, cuaca, bahasa, isu semasa, bisnes, sejarah, makan minum, tempat menarik, hal kerja, hobi, personaliti, inspirasi dan macam-macam lagi. Politik tak payah lah kot :)
Selang selikan perkara-perkara ni. Yang penting jangan panjang sangat dan jangan pendek sangat. Sesekali sentuh emosi, kasi sentap sikit pada sesiapa yang membaca.
#BiarPostingKitaUnik
#TarikFollowers
Sunday, 18 October 2015
Menyediakan VS Menawarkan
Semalam terlihat saya satu klip video sedutan ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikongsikan rakan di media sosial. Petikan ucapan menyentuh tentang kerajaan terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) harus berjiwa besar dalam mempermudahkan urusan rakyat. Ucapan tu merujuk contoh bila mana ada peniaga kecil, terutamanya Bumiputera yang berniaga kecil-kecilan jual makanan depan rumah, tepi jalan misalnya.. jangan lah cepat sangat PBT nak angkut gerai mereka naik atas lori. Disebabkan tiada permit, lesen dan sebagainya. Apalah salahnya mereka nak mencari pendapat tambahan untuk keluarga. Menggunakan kemahiran dan kebolehan yang ada.
Tambah beliau lagi pihak yang berkuasa kena ubah cara dan budaya kerja daripada cara lama iaitu "MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN" kepada pendekatan baru iaitu "MENAWARKAN PERKHIDMATAN". Memang ada beza tu antara sedia dan menawarkan. Bezanya ialah, bila kita sediakan, kita tak kisah pun ada orang datang nak dapatkan atau tidak perkhidmatan yang ada tu.
Sebaliknya bila kita menawarkan perkhidmatan, kita yang akan datang kepada rakyat dan melihat aspek mana yang boleh dibantu. Dah fahamkan pokok dan isi bagi entri kali ni ;)
Itulah petikan sedikit isi ucapan lebih kurang daripada video tersebut. Saya sharekan ini sekadar untuk apa yang terbaik bagi tatapan masyarakat dan sahabat-sahabat yang membaca. Semoga ada manfaat.
#ContohPemimpinBerjiwaBesar.
Saturday, 10 October 2015
SAYANGI DIRI DULU
Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat pembaca di luar sana.
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat dan gembira bersama yang tersayang.
Bila sebut pasal sayang ni, saya fikir tiada siapa pun dalam dunia ni yang tak mahu menyayangi atau disayangi. Pasti semua daripada kita ni suka nak dibelai dan dikasihi.
Dalam keluarga memang pastinya ada elemen kasih sayang. Dalam konteks persahabatan pun sama. Dalam masyatakat pun sama. Untuk alam sekitar pun sama. Kita mesti memelihara alam seperti hutan dan sebagainya. Dalam agama pun apatah lagi.
Begitulah hidup ni.. kita mesti sayang kepada semua. Dan saya juga sayang pada blog saya ni. Rindu lama tak berceloteh.
OK!
Jangan lupa sebelum menyayangi orang lain, sayangi diri sendiri dulu. Jauhi rokok :)
Wednesday, 16 September 2015
Perhimpunan Jalanan - Tak Payahlah Buat..
"SELAMAT HARI MALAYSIA"
Cuma apa yang saya lihat dan terfikir, apakah ini cara dan gaya terbaik dalam menyelesaikan apa jua isu yang ada? Dah macam tiada jalan lain yang boleh dibuat. Mungkin pandangan pihak yang menganjurkan perhimpunan, berkehendakan publisiti dan perhatian. Itu memang wajar tetapi cara berhimpun dijalanraya pada skala sebesar tu tak beberapa nak kena bagi saya.
Pertama ia merosakkan imej Malaysia, kedua ia mengganggu masyarakat awam lain, ketiganya kesan tinggalan selepas perhimpunan tu biasanya banyak kerosakan harta benda, sampah ditinggalkan macam orang tiada tamadun dan sebagainya. Paling tak best, bila dah ramai pasti sukar untuk jadikan ia perhimpunan yang aman dan sopan. Pasti keluar macam-macam tingkah laku provokasi yang boleh mengguris perasaan orang lain.
Sebenarnya apa yang saya risaukan sangat, adalah pengaruh luar yang mungkin turut sama masuk jarum dalam hal seperti ini. Ia pasti tidak mustahil. Bila ada acara seperti ini, sememangnya dunia akan memfokuskan seketika perhatian kepada Malaysia dan kesannya pasti banyak yang negatif. Apa yang negatif tu sama-sama kita fikir. Saya andaikan acara-acara yang ada ni bukanlah satu perancangan licik daripada "mastermind" luar yang nak lihat Malaysia atau Islam jatuh dan hancur. Harap andaian saya tak betul. Moga kerahmatan dan kesejahteraaan bertambah baik di bumi tercinta ni. Malaysia Tanah Airku!
P/s: Mahu Hidup Aman Damai
Thursday, 20 August 2015
Zahirkan Dahulu Atas Kertas
Rekod dan dokumentasi penting sangat.. Fahamkan ;)
Sunday, 16 August 2015
Memburu Impian
Ku jejakjalan yg berlikumembara jiwakumemburu impian
Ku renang lautan gelorabiarpun tersadaidi hujung duni
akan ku tempuhi segala rintanganbiarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitammenjadi milik mu...
Ku muladengan langkah inimenuju sinaran abadi
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-memburu-impian-kazar-gila-gila.html#ixzz3ixaLHUUw
Friday, 31 July 2015
Ajar Anak Berenang
Sabtu lalu, sempat meluangkan masa menziarah seorang kenalan di Shah Alam. Mereka sepasang usahawan yang telah membina perniagaan tersendiri dan suka juga saya mencedok serba sedikit pengalaman yang mereka kongsikan.
Antara yang boleh saya petik daripada banyak isi perbualan kami adalah, kerja dengan majikan Melayu perkara pertama yang perlu dijaga dulu adalah emosi. Kena jaga emosi boss, rakan sekerja dan staff. Selepas itu baru tumpuan kepada kerja dan produktiviti. Mungkin ada betulnya.
Sebaliknya bila bekerja dengan firma yang professional (orang putih sebagai contoh), hasil diutamakan. Mereka lebih objektif dan sentiasa tetap dengan sasaran yang ditentukan. Daripada pengalaman mereka, memang betullah tu :)
Apapun bagi saya dimana pun kita bekerja kita tidak akan capai sesuatu keadaan yang cukup sempurna. Asal namanya bekerja, pasti urusan sesama manusia tidak dapat dielak dan manusia memang tak sempurna. Kita sendirilah yang perlu sesuaikan diri untuk kerja dan majikan kita.
Cukup dulu bab kerja :)
Cuma satu nasihat yang tak kurang penting daripada mereka, supaya anak-anak yang masih kecil diajar berenang. Tujuannya tak lain, tak bukan melainkan untuk keselamatan mereka di masa hadapan. Contoh yang diberikan kepada saya: bayang satu masa nanti mereka terjatuh ke dalam kolam air atau kolam renang misalnya. Tentu jadi masalah kalau tidak tahu langsung berenang.
Hal ni mungkin kecil bagi kita, tetapi tentunya trauma besar bagi yang pernah melalui insiden atau kemalangan jiwa berkaitan anak yang lemas disebabkan tidak tahu berenang.
Sememangnya kemahiran berenang adalah sangat penting, apabila ia benar-benar diperlukan nanti. Malang tak berbau.
Saturday, 25 July 2015
Menung jer kat pejabat?!
Apa yang saya zahirkan dalam entri kali ni mungkin agak sensitif. Bak kata pepatah, siapa makan cili dia terasa pedas. Tapi saya suka mengetengahkan hal ini kerana ianya sangat rapat dengan kita semua, terutama yang bekerja di pejabat, lebih-lebih lagi yang kerja di "Putrajaya" dan yang sewaktu dengannya. Rasa terpanggil nak menegur dengan mata pena. Diri saya juga tak terkecuali :)
Saya kadang kala perhatikan kita yang bekerja di pejabat ni tak bekerja sungguh-sungguh. Masa 8 jam yang diperuntuk untuk bekerja mungkin 5 jam saja yang betul-betul kerja. Selebihnya mungkin duduk termenung, tidur dan mengeteh.
Bagi saya, sememangnya kerja di pejabat tu memang banyak kalau hendak diikutkan. Kalau rasa tiada kerja tu, cuba cari kerja. Pasti ada kerja yang boleh dicipta. Setidak-tidaknya, buatlah sesuatu yang boleh meningkatkan kemahiran dan ilmu berkaitan kerja. Saya telah mengamalkannya sekian lama. Tak pernah pun ada sehari rasanya yang free duduk menung.
Seperkara lagi, sesetengah staf ni banyak sangat bersembang. Macam-macam topik perbualan tak habis-habis. Hal kucinglah, hal anak-anak, hal kereta, hal kain baju dan lain-lain. Menyembang masa kerja memang seronok. Tapi cuba fikirkan sejenak, nilai gaji yang kita dapat setiap hujung bulan dengan kerja yang disumbangkan.
Ketiganya, jenis yang asyik main games jer. Yang ni saya simpan dulu komen untuk mereka.
Tak dinafikan perkara sebegini berlaku disebabkan bos yang terlalu baik dan tak proaktif. Atau mungkin juga boss terlalu sibuk dengan tugasnya sendiri dan mesyuarat yang tak sudah-sudah.
Akhirnya saya disini menasihatkan diri yang menulis dan kawan-kawan untuk bekerja penuh tanggungjawab, menjaga amanah diberi dan tekun bekerja. Jauhi sikap malas, berehat-rehat dan tak proaktif dalam bekerja.
Orang hebat, mereka tidak duduk diam!
Tuesday, 21 July 2015
Saling Kerjasama Pemimpin dan Ulama
Moga Syawal yang sedang disambut membawa perubahan kearah akhlak dan amalan yang lebih baik. Kesan didikan sebulan Ramadhan yang baru berlalu.
Sepanjang aktiviti sembang-sembang raya antara topik perbualan adalah menyebut hal isu-isu semasa dan politik. Rata-rata apa yang diperkata adalah keluhan dan komen terhadap pimpinan negara. Untuk mempertikaikan polisi dan apa yang berlaku memang tak selayak dan mampunya saya. Maklumat terlampau banyak sampai sukar kita nak benar-benar yakin kesahihan sesuatu isu dan hal. Hebat betul kalau memang ada "mastermind" yang mengatur segala isu yang timbul.
Apa yang mampu saya nukilkan di sini adalah bila pemimpin terlalu kaya, rakyat akan menjadi miskin. Disamping itu, pihak yang seharusnya bekerjasama membetulkan keadaan bukan semata pemimpin dan penasihat pimpinan tetapi juga oleh kumpulan alim ulama. Pemimpin harus boleh ditegur ulama dan ulama pula harus berani menasihati pimpinan.
Kesimpulannya, Melayu dimuliakan dengan Islam dan boleh jadi hina Melayu kalau meninggalkannya. Moga kebaikan dan rahmat akan berpihak kepada insan yang benar-benar ikhlas.
Kenapa Masyarakat Cina Lebih Kaya
Baru-baru ni, saya ada bersembang dengan abah. Borak-borak kosong dikala Syawal anak beranak. Entah kenapa tiba-tiba masuk bab kekayaan orang Cina di Malaysia. Abah ambil contoh di Bandar Baharu Kampar, majoriti hartanah dan rumah di kawasan tu dibeli dan dipunyai mereka. Sedikit sangat kaum Bumiputera yang memiliki aset di sana. Memanglah mereka agak ramai di Kampar dan memang menguasai kegiatan ekononi sejak berpuluh tahun dahulu lagi.
Apa yang dapat saya jelaskan pada abah adalah 3 perkara. Pertama masyarakat Cina memang asalnya lebih dahulu ketamadunnya. Sebagai antara tamadun terawal pastinya segala aktiviti perdagangan dipelopori nenek moyang mereka lebih awal daripada orang di Tanah Melayu. Mereka ada hubungan langsung dengan negara China yang pastinya sumber utama bagi kebanyakan keperluan aktiviti niaga mereka.
Kedua, lingkungan dan minda mereka memang dididik sejak awal untuk mencari duit dan berniaga. Jika tidak berpendidikan tinggi, pasti ada satu-satu kemahiran yang akan dikuasai mereka untuk dijadikan asas modal berniaga. Disamping tu juga, mereka dikatakan menyokong antara satu sama lain untuk melahirkan usahawan atau peniaga baru. Kesinambungan daripada satu generasi ke generasi seterusnya sentiasa ada.
Dan yang ketiga bagi saya, sebagai peniaga dan usahawan, pendapatan mereka pastinya lebih tinggi daripada pekerja yang makan gaji apatah lagi penjawat awam :) Dengan pendapatan yang lebih ini bermaksud akan ada lebih simpanan dan lebih pelaburan yang boleh dibuat. Seterusnya lebih pulangan yang diperoleh. Saham sebagai contoh. Jadi, tidak hairan aset pemilikan mereka makin bertambah.
Moralnya, kita kena belajar banyak lagi daripada sahabat-sahabat Cina di negara kita ni. Mereka memang sudah jauh ke hadapan. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni, mereka nampak stabil dan tak tertekan pun rasa saya.
Saturday, 18 July 2015
Ucapan Maaf Zahir Batin
Saya perhatikan ada sesetengah orang macam tak selesa bila menerima ucapan maaf zahir dan batin. Katanya mana ada batin. Kesian tengok orang yang minta maaf tu. Ikhlas minta maaf, dibalas dengan komen pulak :)
Bagi saya mudah saja.. Zahir & batin tu maknanya luar dan dalam. Yang dalam tu kena cuci habis betul-betul sebab ianya tak nampak.
Cer tukar jadi macam ni jer: "Maaf zahir". Kan kontot sangat ucapan tu :)
Saya sepenuh hati memohon maaf sekiranya ada posting dalam blog saya ni yang mungkin mengguris emosi follower dan pembaca di luar sana.
#MaafZahirBatin
Saturday, 11 July 2015
Salam Lebaran 1436H
Jumaat ini jika ada umur dan rezeki, umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Cepat rasanya Ramadhan kali ni berlalu.
Saya mengambil kesempatan di ruang bicara blog ini untuk memohon maaf sekiranya ada salah silap saya, isteri dan keluarga kepada semua yang mengenali. Almaklum kita manusia biasa, selalunya terlanjur atau tak perasan mungkin pernah mengguris emosi orang lain.
Musim raya kali ni rasanya, diharap aturan kehidupan kita semua bakal lebih tersusun dan terancang. Terancang kemas untuk program aktiviti, masa dan perbelanjaan, natijah dari pelaksanaan GST, minyak naik dan kenaikan kadar tol yang akan menyusul :)
Pesanan buat semua, sambutlah raya sebagai ibadah dan jadikan ruang masa yang ada untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Kekalkan momentum Ramadhan dari segi amalan dan jangan tak jaga makan. Memang rendang, lemang dan kuih raya tu sedap, tapi jamah sekadar merasa. Sebabnya nikmat hidup yang kedua selepas nikmat Iman ialah nikmat kesihatan.
Elakkanlah kalau boleh bercerita sangat hal politik dan umpat mengumpat semasa raya nanti. Usah topup balik dosa yang mungkin dah terampun dalam Ramadhan ni. Cuba cari topik perbualan yang lebih membina macam sembang-sembang bisnes ker.. kan lebih positif.
Akhirnya, jangan lupa berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Leka sekelip mata, padah boleh menimpa. Minta simpang jauh-jauh. Sekian, wassalam.
Salah 1 Ciri Negara Tu Dah Maju
Terfikir saya baru-baru ni untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pastinya tiga utama harus telah dicapai iaitu faktor pelaburan asing yang tinggi, jumlah tenaga professional yang ramai serta mentaliti dan sikap rakyatnya dalam semua hal.
Untuk 3 perkara tersebut biarlah para cerdik pandai yang memikirkannya. Saya lebih cenderung melihat daripada satu sudut yang lain iaitu aspek tarikan pelancong ke dalam negara.
Untuk meningkatkan hasil daripada cukai memanglah satu kaedah, tetapi saya suka melihat kerajaan memberikan tumpuan dan minat untuk melabur sedikit dalam sektor pelancongan. Pulangan hasil pasti tinggi untuk seseorang pelancong yang berbelanja untuk satu-satu tempoh masa.
Cuba lihat negara-negara di sebelah Eropah sana. Banyak sekali produk pelancongan yang mereka ada. Satu kelebihan mereka yang kita kalah hanyalah cuaca. Tak dinafikan ia faktor juga dalam mempengaruhi kemajuan dan ketamadunan sesuatu bangsa.
Saya lihat negeri Melaka telah lama bergerak kearah itu. Membentuk lanskap persekitaran bersih dan indah adalah permulaannya. Seterusnya ditambah dengan pengujudan lokasi tarikan pelancong samada berasaskan sejarah, budaya, kesenian, kesihatan, alam semulajadi, makanan, rekreasi, hiburan dan sebagainya.
Bagi saya selagi kita tak cukup menarik untuk diletakkan dalam destinasi pelancongan utama dunia, selagi itulah cabaran menjadi negara yang maju sukar dicapai. Selagi sampah masih merata-rata, selagi pemandu teksi tidak beretika (segelintir), selagi kita membuang masa dengan isu pengurusan dan pentadbiran.. jauh lagilah nak majunya.
Mungkin selain tumpuan kepada lanskap, kita boleh mula dulu dengan kebersihan longkang dan sungai dulu. Sistem parit dan tali air kita rasanya ikut standard atau tidak?
Orang Kita Sedang Berusaha Menghabiskan Duit Gaji
Hari ni berbaki kurang seminggu untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya pun sama bersama isteri dan budak-budak ke pusat-pusat jualan dan pasaraya bagi membeli keperluan rumah dan raya juga.
Seawal 9:30 pagi, sebuah pasaraya tempatan dah penuh dengan pelanggan yang membeli belah. Almaklum, kebanyakkan kita baru dapat gaji rasanya.
Energi yang dapat saya rasakan ialah masing-masing teruja nak membeli itu dan ini. Baju raya, kuih raya dan kelengkapan rumah antara yang dicari.
Harapnya sambil berbelanja tu, kita boleh bertenang seketika dan fikirkan betul-betul apakah perlu perkara tu dibeli. Baju dan pakaian kalau dah ada, rasanya tak perlu nak tambah-tambah sangat lagi. Kena berpada dalam membeli. Takut belum sempat hujung bulan, gaji dah kering. Kengkadang, ada baiknya juga memiliki sifat dan bakat seorang yang kedekut. Duit tak mudah bocor tak tentu hala.
Saya ketika ni, sedang duduk di sebuah kerusi menunggu isteri membeli barang-barang. Entah apa agaknya perkara yang diluar senarai asal yang akan dibelinya :)
Satu tips menabung yang saya peroleh dari Tuan Shamsuddin Kadir, seorang perunding dalam pengurusan kewangan semalam: Setiap masa bila terima duit hijau/si hijau (RM5.00) semasa transaksi jual beli, tangkap dan selamatkan dalam tabung, jangan dibelanjakan. Nak hebat lagi buat benda yang sama untuk si merah (RM10.00).
Semoga semua kita semakin sedar dan bijak menguruskan duit. Supaya kebocoran duit dapat diminimakan tidak kepada benda yang tak perlu.
#SelamatBerpuasa
#BerhemahDalamBerbelanja
Tuesday, 7 July 2015
Sediakan Payung Sebelum Hujan
Rebat diskaun pun ada untuk tarikh-tarikh tertentu.
Saturday, 4 July 2015
4 Cara Untuk Tingkat Pendapatan
Salam Ramadhan kepada semua,
Alhamdulillah, dah separuh Ramadhan kita lalui. Cepat betul masa berlalu. Pastinya dikala ni masing-masing sibuk merancang dan membuat persiapan apa yang perlu untuk Syawal nanti, disamping ibadah Ramadhan.
Saya sendiri kali ni, ingin cuba untuk beraya secara paling bersederhana seadanya. Almaklumlah dengan suasana ekonomi semasa yang sedikit perlahan dan menekan.
Kali ni saya nak kongsikan 4 cara untuk tingkatkan pendapatan untuk sesiapa pun.
1. PUNYAI ILMU TINGGI
2. PUNYAI KEMAHIRAN TINGGI
3. PUNYAI BISNES
4. TINGKAT PRODUKTIVITI
Rasanya, tak perlu nak saya huraikan setiap satu-satu cara tu. Memadai untuk saya katakan atau rumuskan, kita mesti melakukan sesuatu yang lebih daripada orang lain. Perbezaan dan lebihan usaha inilah yang boleh memberikan hasil.
Apapun untuk menjamin kejayaan untuk setiap satunya, ia perlu dimulakan dengan pendekatan yang betul, rujukan yang betul, sebab yang betul, sekitaran yang betul dan pemikiran yang betul :)
Sunday, 28 June 2015
Buffet Ramadhan - Gaya Kita Makan
Alhamdulillah pada hari ini, hari ke sembilan barulah sempat saya menjenguk kembali blog ini yang dah sekian lama tidak di tambah entri baru.. Sudah beberapa bulan rasanya. Natijah daripada kesibukan yang melanda diri ;) Balik di kampung ada masa sikit terluang.
Suka sangat untuk saya memperkatakan pada kali ni tentang gaya makan orang kita khususnya semasa menkmati hidangan secara buffet. Sana sini dalam bulan puasa ni, ramai juga khususnya bagi yang "ada-ada" meluang masa untuk berbuka di hotel misalnya. Dengan tawaran harga yang menarik dan pilihan juadah yang diberikan, memang tidak salah sesekali makan di sana. Kalau mendapat undangan lagilah untung. Percuma, hadir untuk memeriahkan majlis dan makan sahaja. Moga ganjaran pahala diberikan kepada mereka yang ikhlas dan pemurah menjamu orang lain berbuka puasa.
Cuma sedikit pesanan ikhlas daripada saya mengenai gaya makan orang kita secara buffet, Pesanan ini mengingatkan diri yang menulis juga ;)
Ada 3 gaya orang makan buffter iaitu:
2. Orang sederhana (kebanyakan orang)
Mereka makan sampai betul-betul kenyang, Tak bagi peluang kat perut! Selagi lalu makan, dia akan terus makan dan telan. Ramai daripada kita masuk dalam kategori ni.
3. Orang kaya (berada)
Mereka makan sekadar merasa. Berhenti sebelum kenyang. Makan secara sopan, slow and steady!
Okay, itu saja kali ni.
Selamat berpuasa dan jangan lupa perbanyakan membaca Al-Quran. Jadikan ia qarin kita sampai bila-bila..
Wassalam.







