Tuesday 20 November 2018

Hidup Mesti Nak Sihat




Tahu tak dalam hidup ni ada beberapa benda yang perlu kita sedar. Paling utama kita kena sedar 3 perkara ni iaitu tahap kesihatan, tahap keselamatan dan tahap iman kita. Kita sembang dulu hal kesihatan.

Bila dah sampai usia 40 tahun, tak dapat tidak, tahap kesihatan harus diberikan perhatian. Paling menakutkan bila kita tak sedar, apa situasi kesihatan dalaman kita. Justeru, ayuh kawan-kawan di luar sana, buatlah pemeriksaan tahap kesihatan diri. Periksa tekanan darah dan buat ujian darah. Lihat samada normal atau tidak. Terima seadanya keputusan yang keluar. Perbaiki dan bertindak sewajarnya atas nasihat doktor atau pakar perubatan.

Buat sahabat seusia, bila dah 40 ni, jagalah apa yang kita makan. Jauhi segala yang bergula dan tinggi garam. Rajin bersenam secara konsisten dan kawal stress. Melabur sikit masa dan modal untuk sihat. Bagi yang merokok, cuba berhenti.

Nikmat sihat sebenarnya nikmat yang sering kita abai. Kesiankan diri dan kenali tahap kesihatan diri. Untuk kita juga. Bila sihat, semua orang sayang 😊
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Maulidurrasul




Kehadirannya memberi rahmat kepada seluruh makhluk di langit dan di bumi. Kita patut bersyukur kerana ditakdirkan menjadi umat Baginda. Mari kita perbanyakkan salawat kepada Junjungan Besar SAW.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 5 November 2018

Jadilah Hacker Kalau Boleh

Kalau anda betul-betul nak jadi jahat, pilihlah untuk jadi penjenayah siber. Tahu sebab apa? Sebabnya hanya pencuri, yang pandai menangkap pencuri. Menjadikan otak dan kewujudan diri anda bernilai amat-amat tinggi. Bermodalkan skill komputer, pengaturcaraan komputer, pengetahuan dalam rangkaian komunikasi dan Internet mungkin anda boleh buat jenayah ni dengan cara diam-diam dan selamat.

Bukan kerja mudah pun untuk kita sebagai individu dan jabatan atau syarikat untuk sentiasa memantau apa yang berlaku di dalam jaringan rangkaian ICT masing-masing. Jadi, disitulah wujudnya ruang dan peluang dan ia juga bergantung kepada bakat seseorang tu dalam kemahiran sosial. Kalau kita perhatikan, tak ramai pun hacker yang ditangkap. Sebabnya mereka sememangnya pintar.

Jangan salah faham, saya bukan nak menggalakkan jenayah siber tetapi sekadar nak buka minda bahawa apakah realiti risiko dunia siber yang ada di luar sana. Kita rasa mungkin semua maklumat dan data kita selamat, tapi percayalah ia berkemungkinan dah tak selamat selagi mana disambungkan dengan Internet.

Itulah hakikatnya zaman mutakhir ni, "The World Is A Computer". Kalau bernasib baik, hacker yang ditangkap bukannya dihukum pun, sebaliknya ditawarkan pula bekerja di organisasi tertentu untuk menambahbaik atau mengukuhkan lagi lompong-lompong kelemahan siber yang ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...