Sunday 29 December 2019

Ambang 2020

2019 bakal melabuh tirai. Boleh dah kita buat rumusan apa yang kita dah capai selama setahun ni. Adakah ia tahun yang menjadikan kita sama seperti tahun sebelumnya, tahun yang biasa-biasa saja atau setahun yang jauh lebih baik. Jawapannya ada pada diri kita masing-masing.

Bagi saya sendiri, tahun 2019 banyak warna-warninya. Semua yang dilalui mengajar seribu makna tersirat dan tersurat. Sama ada kita mahu mencari hikmah atas setiap kejadian, terserah pada kita untuk memahaminya dan ambil ikhtibar.

Yang penting untuk kita muhasabahkan ialah banyak mana manfaat yang kita dah berikan pada orang lain. Apa perkara yang telah kita perbaiki dan ubah dalam diri juga perlu kita semakkan balik. Sejauhmana kita dah mematangkan diri dan pemikiran kita selama 2019 ni? Sejauhmana kita dah upgrade diri kita menjadi versi diri yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya?

Setelah menilai secara kasar, mungkin tak seberapa pencapaian yang diperoleh. It's Ok. Masih belum terlambat. Selagi nafas dihela, selagi nadi geraknya sekata, kita masih boleh mengubah suasana. Ambil peluang tahun yang cantik nombornya 2020 ni untuk kita lebih baik dan berjaya. Kalau tak tahu apa tu makna berjaya, mudah saja sebenarnya. Berjaya ialah bila mana kita menjadi orang yang berbeza dan lebih baik daripada sebelum-sebelumnya. Konsisten baik dan bertambah baik dari sebelumnya.

Bersama Tuan Haji Fadzli Yusof


Sempat saya dalam beberapa hari di akhir 2019, diberi peluang bersama sekumpulan orang yang hebat lagi luar biasa. Antaranya Prof Dato' Dr Muhaya, DMFK, Dr Tengku Asmadi dan ramai lagi. Saya kutip beberapa pesan mereka untuk nota inspirasi melangkah ke 2020. Antaranya:-


1. Hidup ni bukannya semata tentang kita, tetapi tentang manfaat yang kita beri pada semua orang.

2. Semua orang di sekeliling kita adalah penting. Tak kira siapapun mereka, apa kerja mereka, semuanya penting untuk kita. Usah menidakkan kewujudan mereka. Bina dan jaga hubungan baik dengan semua.

3. Perlu sangat untuk kita konsisten menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan setiap hari maafkan semua orang. Mudah-mudahan kita lebih bersih hati dan bertambah positif. Menarik lagi semua perkara yang baik-baik datang kepada diri.

Tak sabar nak masuk 2020. Good luck untuk kita semua. Moga kejayaan dan kekayaan cepat-cepat melekat pada kita semua, Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 13 December 2019

Petua Tidak Putus Rezeki

Potong kuku selepas Asar (setiap hari Khamis), ikut kaedah potong cara berselang kuku.

Tangan kanan dulu
===============
Potong kuku ikut urutan:-
*Jari kelingking
*Jari tengah
*Jari ibu
*Jari manis
*Jari telunjuk

Kemudiannya tangan kiri
====================
Potong kuku ikut urutan:-
*Jari ibu
*Jari tengah
*Jari kelingking
*Jari telunjuk
*Jari manis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...