Sunday 25 June 2023

Sangat Bagus Bila Masjid Anjur Kursus Sebegini

 
Semalam berkesempatan ke masjid untuk hadir ikuti Kursus Menyembelih dan Melapah (Teori & Amali) Lembu dan Kambing. Pergi bersama my hero.




                          

Alhamdulilllah, orang bujang sorang ni sudi pergi sama. Dapatlah dia sikit pengalaman secara tak langsung melihat proses daripada awal hingga daging sedia untuk dimasak. Bermula daripada teknik untuk menumbangkan lembu sampai siap daging boleh di lapah dan dikerat.

Secara mudahnya berikut aturan kerja-kerja sembelihan ni:

1. Merebahkan lembu - ada 2 cara;

2. Membaringkan rusuk kiri lembu ke tanah (sunat arah kiblat);

3. Mengikat semua kaki - ikat yang cukup danmudah dibuka kembali;

4. Sedia untuk sembelih leher - pastikan pisau tajam dan guna cara pegang pisau yang lebih kuat untuk tangan;

5. Sembelih dan pastikan putus empat urat ni - urat nafas (1), urat darah (2) dan urat makanan (1);

6. Biarkan darah lancar terpancut keluar dan longgarkan ikatan;

7. Apabila telah tiada nyama - boleh mulakan proses buang kulit (skinning);

8. Sebelum tu, pisahkan dulu kepala daripada badan - ada tekniknya;

9. Buat potongan stoking di setiap kaki dan proses pisahkan kulit dengan daging dengan pisau. Tarik kuat kulit keluar dan lalukan mata pisau disebelah luar kulit.

10.  Habiskan skinning di satu sisi badan dan pusingkan badan lembu ke sebelah yang lain untuk selesaikan skinning.

11. Sampai step ni, saya dah mula hilang fokus...hehehe.. sebab perut tengah lapar.. kena pergi ambil air kopi dan peekena mee goreng di perkarangan masjid.

12. Bahagian seterusnya ni paling kritikal kera di sini kita akan kendalikan organ-oran seperi hempedu, usus, perut, alat kelamin, tempat najis dan lain-lain - tekniknya agak rumit tapi boleh dipelajari dan dilatih. Perlu berhati-hati agar perut tidak pecah/meletup. Juga hempedunya.

Cara menguruskan bahagian perut pun ada cara-caranya. Secara ringkas - basuh dan alirkan dengan air yang banyak. Gunakan pair air dan masukkan ke salur usus - mana yang pecah potong saja - Saya miss part menggunakan kapur semasa nak bersihkan perut.

13. Bahagikan badan lembu kepada dua bahagian (depan dan belakang) - ada tekniknya;

14. Untuk separuh bahagian tu perlu dipisahkan kaki pertama dengan potong daging bagi pisahkannya dengan rusuk - selak daging - pisau rapatkan ke rusuk - potong hingga terpisah kaki pertama. Ulangi sampai kaki terakhir; 

15. Angkat dan bawa setiap kaki ke tempat lapah/gantung daging - berat tu dan sila gunakan kereta sorong/troli. Kumpulan pekerja melapah/memotong akan sambung memotong daging ke bahagian-bahagian lebih kecil;

Alhamdulillah, sekian seringkas catatan memori yang ada untuk panduan dan kenangan bersama.

Bila buat kerja degnan teknik yang betul, semuanya jadi mudah. Kena cuba juga secara praktikal untuk rasai sendiri apa yang nampak mudah tu :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...