Saturday 17 June 2017

Bila Idea Diperlukan

Sebagai eksekutif ataupun pegawai di mana-mana organisasi, kebiasaannya kita diperlukan untuk memberi pandangan dan idea. Buah fikiran kita memang diperlukan dari semasa ke semasa demi mencapai misi jabatan dan ekspektasi pelanggan.

Saya secara peribadi suka juga memberi idea dan pandangan khusus pada perkara yang memang kita ada idea mengenainya. Rasa berdosa juga kalau kita memiliki pandangan tetapi disimpan tidak dizahirkan.

Kita sebenarnya bukan nak mengharap sangat idea tu diterima ataupun ia menjadi idea yang terbaik. Tetapi seharusnya kita niatkan agar idea tu boleh menyumbang kepada penghasilan dan penjanaan idea-idea lain yang lebih baik dari sahabat yang lain.

Kepada kawan-kawan, jangan segan silu untuk bersuara dan memberi pandangan. Kalau pun pandangan tu macam tak bagus atau macam tak boleh diterima, tak mengapa. Sekurang-kurangnya, kita telah memainkan peranan kita dalam aktiviti percambahan fikiran ataupun orang putih kata branstorming :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 11 June 2017

Adab Perjumpaan dan Mesyuarat

Saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberikan apa-apa nasihat kepada yang membaca entri ni. Sebabnya saya sendiri pun, ada banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki. Tapi entri kali ini lebih kepada nasihat kepada adik-adik yang lebih muda daripada saya, yang mungkin masih baru memulakan kerja khususnya di sektor awam juga untuk organisasi atau persatuan tertentu.

Saya menyentuh sektor awam di sini sebab saya sendiri berada di dalamnya dan memerhati apa yang berlaku. Bukanlah jadi tanggungjawab saya sangat untuk memperkatakannya, sebab saya bukanlah ketua jabatan atau ketua pengarah. Saya sekadar ketua dalam satu unit kecil saja di pejabat. Tetapi penulisan ni lebih kepada rasa terpanggil untuk menyumbang sekelumit buah fikiran demi kebaikan semua yang membaca dan yang mahu berfikir.

Dewasa ni, kalau kita menghadiri mana-mana mesyuarat, seminar atau perjumpaan, mudah untuk kita lihat situasi begini: Tengah-tengah mesyuarat bersidang, sibuk semuanya dengan telefon pintar masing-masing. Entah apa yang dibeleknya, saya kadang jadi tak faham. Memang pasti mereka tidak memberi tumpuan pun pada butir perbincangan. Mana boleh kita buat dua perkara serentak. Itu cukup jelas menunjukkan mereka sebagai jemputan dan ahli mesyuarat tak berminat dengan apa yang dibincangkan. Itu antara bahasa badan juga tu. Kesian dan sungguh tak adil situasi begini bagi saya. Ini kerana mesyuarat tidak banyak dapat manfaat daripada mereka dan mereka pun tidak dapat banyak manfaat daripada mesyuarat.

Saya terus sudahkan di sini ya. Siapa makan cili, dia rasa pedas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 10 June 2017

Sekiranya Anda Jadi Boss

Sekiranya kita jadi boss atau majikan dimana sekalipun, kita perlu ingat anak buah atau pekerja adalah aset paling utama kepada kita. Merekalah yang akan melaksanakan pengoperasian yang meneruskan kesinambungan bisnes kita.

Sebagai pekerja, dah biasa dah kita dengar apa yang perlu dibuat. Antaranya seperti amanah, tekun, setia, proaktif dan macam-macam lagi. Ini semua menyumbang secara terus terhadap produktiviti organisasi.

Ni saya nak kongsikan sikit tiga perkara yang seharusnya boss berikan ataupun main peranan untuk anak-anak buahnya.

1. Jadikan staf atau pekerjanya sebagai kawan.
2. Bekalkan segala tools dan kelengkapan yang perlu untuk mereka bekerja.
3. Tunjukkan anak buah laluan masa depan kerjaya mereka.

Ok, itu saja. Selamat berpuasa dan menjadi boss yang baik! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 4 June 2017

Perkongsian Kuliah Ustaz Ahmad Dusuki

Kepada teman-teman yang ingin menonton siri MOTIVASI pengajian yang di sampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki, berikut senarai pautan untuk panduan semua.

Selamat menonton dan sebarkan ilmu. semoga beroleh manfaat.

1. Pengawasan Allah :
https://youtu.be/_z1-Wem-COY

2. Doa Lembut Hati :
https://youtu.be/9WLxH-ghisQ

3. Besar Ujian Besar Pahala :
https://youtu.be/rRsWYk9v1kY

4. Allah Tempat Pertolongan :
https://youtu.be/pQgwrjON5Lw

5. Allah Sebaik Penjaga :
https://youtu.be/BbYUTORbg_w

6. Amalan Ahli Syurga :
https://youtu.be/kls7RmnkmHQ

Dapatkan Cd kuliah MOTIVASI dengan  layari :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1321728307873707&substory_index=0&id=380947865285094

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...