Saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberikan apa-apa nasihat kepada yang membaca entri ni. Sebabnya saya sendiri pun, ada banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki. Tapi entri kali ini lebih kepada nasihat kepada adik-adik yang lebih muda daripada saya, yang mungkin masih baru memulakan kerja khususnya di sektor awam juga untuk organisasi atau persatuan tertentu.
Saya menyentuh sektor awam di sini sebab saya sendiri berada di dalamnya dan memerhati apa yang berlaku. Bukanlah jadi tanggungjawab saya sangat untuk memperkatakannya, sebab saya bukanlah ketua jabatan atau ketua pengarah. Saya sekadar ketua dalam satu unit kecil saja di pejabat. Tetapi penulisan ni lebih kepada rasa terpanggil untuk menyumbang sekelumit buah fikiran demi kebaikan semua yang membaca dan yang mahu berfikir.
Dewasa ni, kalau kita menghadiri mana-mana mesyuarat, seminar atau perjumpaan, mudah untuk kita lihat situasi begini: Tengah-tengah mesyuarat bersidang, sibuk semuanya dengan telefon pintar masing-masing. Entah apa yang dibeleknya, saya kadang jadi tak faham. Memang pasti mereka tidak memberi tumpuan pun pada butir perbincangan. Mana boleh kita buat dua perkara serentak. Itu cukup jelas menunjukkan mereka sebagai jemputan dan ahli mesyuarat tak berminat dengan apa yang dibincangkan. Itu antara bahasa badan juga tu. Kesian dan sungguh tak adil situasi begini bagi saya. Ini kerana mesyuarat tidak banyak dapat manfaat daripada mereka dan mereka pun tidak dapat banyak manfaat daripada mesyuarat.
Saya terus sudahkan di sini ya. Siapa makan cili, dia rasa pedas!
No comments:
Post a Comment
Komen Anda