Sunday 29 December 2019

Ambang 2020

2019 bakal melabuh tirai. Boleh dah kita buat rumusan apa yang kita dah capai selama setahun ni. Adakah ia tahun yang menjadikan kita sama seperti tahun sebelumnya, tahun yang biasa-biasa saja atau setahun yang jauh lebih baik. Jawapannya ada pada diri kita masing-masing.

Bagi saya sendiri, tahun 2019 banyak warna-warninya. Semua yang dilalui mengajar seribu makna tersirat dan tersurat. Sama ada kita mahu mencari hikmah atas setiap kejadian, terserah pada kita untuk memahaminya dan ambil ikhtibar.

Yang penting untuk kita muhasabahkan ialah banyak mana manfaat yang kita dah berikan pada orang lain. Apa perkara yang telah kita perbaiki dan ubah dalam diri juga perlu kita semakkan balik. Sejauhmana kita dah mematangkan diri dan pemikiran kita selama 2019 ni? Sejauhmana kita dah upgrade diri kita menjadi versi diri yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya?

Setelah menilai secara kasar, mungkin tak seberapa pencapaian yang diperoleh. It's Ok. Masih belum terlambat. Selagi nafas dihela, selagi nadi geraknya sekata, kita masih boleh mengubah suasana. Ambil peluang tahun yang cantik nombornya 2020 ni untuk kita lebih baik dan berjaya. Kalau tak tahu apa tu makna berjaya, mudah saja sebenarnya. Berjaya ialah bila mana kita menjadi orang yang berbeza dan lebih baik daripada sebelum-sebelumnya. Konsisten baik dan bertambah baik dari sebelumnya.

Bersama Tuan Haji Fadzli Yusof


Sempat saya dalam beberapa hari di akhir 2019, diberi peluang bersama sekumpulan orang yang hebat lagi luar biasa. Antaranya Prof Dato' Dr Muhaya, DMFK, Dr Tengku Asmadi dan ramai lagi. Saya kutip beberapa pesan mereka untuk nota inspirasi melangkah ke 2020. Antaranya:-


1. Hidup ni bukannya semata tentang kita, tetapi tentang manfaat yang kita beri pada semua orang.

2. Semua orang di sekeliling kita adalah penting. Tak kira siapapun mereka, apa kerja mereka, semuanya penting untuk kita. Usah menidakkan kewujudan mereka. Bina dan jaga hubungan baik dengan semua.

3. Perlu sangat untuk kita konsisten menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan setiap hari maafkan semua orang. Mudah-mudahan kita lebih bersih hati dan bertambah positif. Menarik lagi semua perkara yang baik-baik datang kepada diri.

Tak sabar nak masuk 2020. Good luck untuk kita semua. Moga kejayaan dan kekayaan cepat-cepat melekat pada kita semua, Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 13 December 2019

Petua Tidak Putus Rezeki

Potong kuku selepas Asar (setiap hari Khamis), ikut kaedah potong cara berselang kuku.

Tangan kanan dulu
===============
Potong kuku ikut urutan:-
*Jari kelingking
*Jari tengah
*Jari ibu
*Jari manis
*Jari telunjuk

Kemudiannya tangan kiri
====================
Potong kuku ikut urutan:-
*Jari ibu
*Jari tengah
*Jari kelingking
*Jari telunjuk
*Jari manis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 16 November 2019

Nak Bangkitkan Potensi

Tips ni saya ingat daripada perkongsian daripada Tuan Haji Fazli Yusuf. Tips bagaimana nak mencungkil potensi diri. Dipanggil tiga "t", tapi huruf t ni duduknya di hujung perkataan. Tiga perkataan tersebut adalah:-

1. Bakat
Setiap manusia ada dikurniakan bakat tersendiri. Kita tahu kebolehan dan bakat kita di mana. Sekiranya kita mengabaikan bakat tu, cuba asah semula. Lebih mudah kita memanfaatkan bakat yang dah sedia ada.

2. Minat
Kita pasti ada kecenderungan tersendiri pada sesuatu perkara. Walaupun, kita tidak semula jadi berbakat dalam sesuatu bidang tu, tetapi bila kita minat dan cuba belajar dan mendalamaminya, kita boleh membangkitkan potensi dalam bidang tu.

3. Matlamat
Selarikan bakat dan minat tadi kearah satu sasaran matlamat yang jelas apa yang nak kita capai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 19 September 2019

Be The Best and Forget The Rest!


September saya anggap dah nak habis. Tinggal betul-betul 3 bulan saja lagi untuk selesaikan sasaran kerja untuk tahun ni. Secara kasar nampaknya 70% ~ 80% sasaran dah hampir nak dicapai setakat ni.  Dengan komitmen dan konsistensi yang dikekalkan daripada awal tahun hingga saat entri ni ditulis, saya sudah berasa puas. Dengan momentum yang ada ni, rasanya boleh dipertingkatkan lagi untuk pecutan akhir untuk ke saat hujung Disember nanti.

Begitulah caranya saya cuba menyumbang dalam perkhidmatan dan kerja. Saya berpegang kepada niat untuk kita sebagai pekerja cuba memberikan yang sehabis baik mengikut kapasiti yang kita ada. Sekiranya kita boleh menampar dinding pada tinggi 1.5 meter, tamparlah disitu, bukan menampar di bawah 1.5 meter. Sebaliknya kalau kita mampu menampar di ketinggian 2 meter, cubalah lompat tinggi lagi dan tambah jadi 2.1 meter.

Be the best and forget the rest!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 7 September 2019

Pasangan Yang Betul, Pasang Dengan Betul




Kita tahukan setiap benda dan perkara dalam dunia ni ada pasangan dan lawannnya. Benda baik lawannya benda buruk, darat pasangnya laut, kiri pasangnya kanan, atas pasangnya bawah, kecil pasangnya besar, gelap pasangnya terang, ringan pasangnya berat dan segalanya lagi. Ada ke benda yang tiada pasangan? Susahkan nak cari jawapan tu. Begitulah prinsip alam ni yang patut kita faham dan meraikannnya. Pasangan yang serasi akan melancarkan segalanya. Bila tak serasi, rumitlah jadinya.

Saya terfikir nak buat posting ni bila sebentar tadi saya hadir satu majlis kenduri doa selamat di rumah jiran. Sambil-sambil menjamu makan malam, saya bersembang dengan jiran yang duduk makan semeja. Alhamdulillah dapat sikit-sikit bertukar pandangan dan pengalaman dengan orang lama yang lebih berilmu daripada saya. Satu perkara yang kami sentuh tadi ialah mengenai kualiti insan. Insan yang kurang berkualiti pasti tidak padan dengan kemudahan, teknologi atau fasiliti yang berkualiti. Contoh mudah, di tandas awam yang serba canggih dan dibersihkan sentiasa, tapi kalau pengguna yang masuk keluar menggunakannya tu pengotor, kebersihan tu tak kekal lama. Ia tak ngam. Bila tak ngam itu datangnya masalah.

Jadi, moral daripada sembang-sembang kat atas tadi ialah untuk memudahkan satu-satu hal dan kerja ia perlu dipasangkan dengan betul dan dipasang dengan betul. Salah pasangan, masalah. Pasang dengan tak betul pun masalah. Itulah ceritanya posting malam ni.. Faham ke faham? hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 16 August 2019

Teknik Terhebat Membereskan Kerja




Kepada semua pekerja yang mahu menjadi lebih efektif dan produktif, ini lima tips untuk manfaat bersama:-

1. TIRU sahaja cara yang betul, ulangkan dan sikit-sikit buat penambahbaikan;

2. Daparkan arahan yang JELAS, lengkap dan terperinci;

3. Laksanakan kerja dengan BETUL sejak DARI MULA;

4. BERANI menolak kerja yang mustahil boleh disiapkan;

5. JANGAN buat semua kerja, AGIHKAN.

Kena ingat juga 2 prinsip tambahan ni:

Bila bekerja jangan terlajak gigih.. bahaya juga.
Jangan juga malas tahap puaka.. lagi banyak mudaratnya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 29 July 2019

Apalah Sangat Derita Yang Sementara Tu

  1. Berapa umur awak?
  2. Berapa lama sudah anda bekerja di sini?
  3. Berapa lama dah pakai kereta ni?
Cuba tanyakan 3 soalan ini kepada diri, dan lihat jawapannya. Pastinya jawapan untuk ketiga-tiga soalan ini satu tempoh yang bertahun panjangnya. Setahun, tiga tahun, sepuluh tahun atau lebih. Itulah dianya masa. Ia akan berlalu begitu pantas, dan alih-alih kita sedar, dah bertahun kita melaluinya. Itu bahagian pertama.

Perenggan seterusnya bawah ni adalah untuk dicuba pula kita bertanyakan 3 soalan berikut:
  1. Sudah berapa lama awak demam?
  2. Selalu kena marah dengan boss?
  3. Selalu ke kereta ni rosak atau kemalangan?
Jawapan untuk soalan-soalan yang ni biasanya lebih singkat tempohnya kan?!
Sebagai contohnya: 2 hari, beberapa kali setahun atau inilah kali pertama.

Sekarang cuba kita hubungkan ketiga-tiga soalan pertama tadi dengan tiga soalan yang terkemudian. Masa yang kita ada yang telah kita rasai nikmat sesuatu perkara tu sebenarnya sangat panjang dan masa saat kita teruji dan sengsara tu biasanya sementara dan sekejap detik sahaja. Tetapi kengkadang kita memfokuskan banyak tenaga dan fokus untuk menguruskan saat derita yang sememangnya diberikan dalam sela masa yang jauh lebih pendek. Derita dan susah yang sebentar masanya tu lebih suka pulak untuk kita "merebakkannnya" berlama-lama. Rugikan bila kita fokus pada benda yang tak perlu sedangkan masa yang lebih panjang telah kita ada untuk nikmati dan lalui dengan penuh happy!

Pesan :  Kalau ada orang hon kereta nak potong barisan tu, bagikan je ler.. Biar dia lalu  :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 2 June 2019

Kerja Secara Matrik

Di pejabat saya, sebahagiannya kami mengamalkan kerja secara cross matrix atau dalam istilah pengurusan dipanggil kerja antara fungsian. Terdapat pro and con dalam pelaksanaannya dan jom kita bincangkan.

Pertama sekali kita perlu sedar, bentuk hubungan yang ada dalam persekitaran kerja sebegini adalah kita segi. Ketiga-tiga bucu diwakili staf, pemimpin fungsian (ketua unit/KU) dan pemimpin antara fungsian (ketua unit lain/projek).

KU perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan staf di bawahnya. Menjadi tanggubgjawabnya juga untuk membangunkan kemahiran dan keupayaan anak-anak buahnya. Selain tu perlu juga untuk sentiasa memantau dan membincangkan tentang prestasi, pembangunan serta perancangan. Manakala ketua projek (Ketua Unit Lain) bertanggungjawab memastikan pencapaian matlamat dan tugasan staf dalam projek. Staf akan berinteraksi dengan mereka dalam konteks hari ke hari.

Situasi ini akan memungkinkan staf itu tadi mempunyai beberapa ketua antara fungsian jika dia terlibat untuk beberapa siri projek dan tugasan. Cabaran utama pastinya boleh timbul konflik dalam memberi keutamaan kerja antara arahan KU dengan ketua projek. Peruntukan masa untuk kerja mana perlu didahulukan boleh mengundang isu keutamaan. Sekiranya tiada komunikasi langsung antara KU dan ketua projek, ini boleh menimbulkan kekaburan. Apapun konflik paling besar pastinya peranan KU untuk pembangunan staf versus peranan ketua projek untuk prestasi staf.
Agak complicated nampaknya konsep kerja secara matrik ni kan?

Bagi kita yang sudah berada dalam cara kerja sebegini, ia memang perlu dihadap dan terpaksa diteruskan dengan  mengambil langkah pendekatan pelaksaan yang terbaik agar kerja-kerja dapat dibuat dengan cekap dan berkesan. Beberapa aspek yang boleh diperkemaskan:-

1. Takrifkan dengan jelas peranan dan tanggungjawab semua orang. 
2. Ketua projek perlu melapor kepada KU serta memberikan bukti sokongan berkaitan. 
3. KU berperanan untuk pembangunan staf seperti mewujudkan perkongsian pengetahuan, latihan dan kursus.

Rumusannya : Perancangan dan penyelarasan tahap tinggi perlu dibuat antara ketiga-tiga entiti komponen tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 1 June 2019

Tips Balik Beraya

SEBELUM tinggalkan rumah untuk balik kampung:-

1. Maklumkan jiran atau pihak berkuasa (Balai Polis) hari-hari yang kita berada di kampung. Sekurang-kurangnya mereka tahu saat kita tiada di rumah.

2. Tutup dan cabut segala suis elektik kecuali peti ais. Charger phone jangan tak bawak. Triple check pastikan segala lampu, kipas dan air-cond dah off.

3. Buang segala sampah dan sinki kena kasi clear semua pinggan mangkuk siap basuh. Selagi mana tak berbasuh pinggan tu selagi tu kita dicelanya.

4. Ambil segala baju yang sidai di luar. Tak elok bergentayangan berhari-hari di luar. Macam-macam benda boleh hinggap nanti.

5. Pastikan set Baju Melayu lengkap dibawa. Jangan ada tertinggal butang baju, samping, itu dan ini. Tak semperna raya nanti. Baju-baju dan keperluan diri yang lain tengok jugalah 😅

6. Duit & sampul raya simpan dan susun teratur. Kalau ada kumpulan penerima yang berbeza asingkan betul-betul. Takut tersilap bagi nanti.

7. Khas kepada mereka yang ada anak kecil yang masih pakai lampin pakai buang. Bawa spare plastik bungkus untuk bungkus sisa najis lampin pakai buang tu. Takdelah beraroma "harum" masa orang-orang lain mendekati tong sampah di kampung nanti.

8. Buat yang ada bertanamkan bunga-bunga pasu di rumah, siram air siap-siap lebih sikit kat pokok tu. Haus pulak dia nanti. Pesan kat pokok tu nanti kita jumpa kembali ya. Boleh jer nak berdialog dengan pokok!

9. Balik ke kampung tu, bawaklah buah tangan sikit. Tak perlu banyak dan benda mahal pun. Asal berisi sikit tangan bila sampai di kampung. Takdelah tangan kosong bawak beg baju jer. Paling ideal, belikan 3-4 balang kuih raya.

10. Sebelum keluar baca al Fatihah dan ayat Kursi. Berniat nak menziarah dan keluar bermusafir. Untuk rumah dan harta benda yang ditinggalkan sementara tu,  kita tawakkal Allah menjaganya.

Semasa Dalam PERJALANAN:-

11. Top up siap-siap Touch n Go. Belum tentu ada lorong tambah nilai nanti tu. Kalau ada kat berjela panjang beratur.

12. Rancang laluan perjalanan balik tu. Nak gerak jam berapa, nak lalu jalan mana nak bajet isi minyak di mana. Takut tak perasan minyak kering dalam perjalanan dan stesen minyak entah jauh di mana.

13. Nak tukar lorong, berhenti atau masuk simpang, jangan lupa "BERI SIGNAL". Penting sesangat ni! Samping tu patuhi segala peraturan jalanraya. Kalau kena hon, sabau jer lah dan kalau perlu nak hon orang, agak-agak sikit nada bunyi hon tu. Biar bunyi dia "pin!" "pin!". Jangan "POM!!" "POOM!!!"Jangan sesekali tunjuk tangan bagai kepada pemandu lain dan haram sekali ketuk dengan helmet cermin kereta orang lain 😂

14. Rasa jer mengantuk, buka kejap tingkap kereta bagi oksigen masuk dalam ruang kereta. Segera cari tempat berhenti, tidur kejap 5 minit (buka sikit cermin). Basuh muka/wuduk juga kalau boleh. Kalau tak salah, bila dalam keadaan berwuduq ni ada Malaikat yang menjaga kita.

15. Bila dah selamat sampai di kampung, ucapkan syukur, Alhamdulillah. Selamat sampai dah kita.

Selamat Pulang ke kampung!
Pandu berhati-hati dan penuh tenang. Selamat Hari Raya Eidulfitri. Maaf Zahir dan Batin.

-MFMT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 22 May 2019

Membaca Minda Bossku

Mereka yang berupaya membaca fikiran dan gerak geri bossnya biasanya akan lebih berjaya. Kalau ditambahkan lagi dengan "kimia" yang rapat antara pekerja dan boss, pasti lancar dan mudah segala urusan. Kunci penting selepas itu pula adalah komunikasi. Bagaimana akrab kita boleh berkomunikasi dengan boss, menentukan juga hubungan saling interaksi yang baik dan berkesan yang memudahkan kerja. 


Perenggan di atas adalah situasi paling ideal yang kita sebagai pekerja mengharapkan. Ia memang tidak mustahil dan boleh dibina. Ia perlu dipupuk sahaja dan sangat terpulang kepada boss atau diri kita sendiri untuk mewujudkan situasi terbaik tu. Saya pun masih bergelumang untuk membinanya. Bukan senang lebih-lebih lagi untuk kita yang bukan jenis mulut manis. 


Ini, saya suka nak share salah satu tips yang boleh diamalkan untuk membina dan memudahkan komunikasi kita dengan boss. Tips ini amat perlu juga khususnya, jika kita memiliki seorang boss yang super busy yang susah kita nak dapat berjumpa.
Ini caranya:


Guna pendekatan 20/5. Cara ini adalah bagaimana untuk kita menyampaikan satu-satu pemakluman kepada boss secara yang mudah, padat dan berkesan.
Tulis satu muka surat kertas yang kita ambil 20 minit untuk menaipnya dan memerlukan hanya 5 minit untuk boss membacanya. Itu saja 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 12 May 2019

Isi Masa Isi Kepala


Baru-baru ni saya didatangi seorang sahabat. Beliau mengadu kenapa beliau diadukan lagi kepada pihak yang menguruskan disiplin dan tatatertib. Ini berkait alasan dilihat lena dalam waktu bekerja di pejabat.  Beliau sekali lagi runsing dan sangat reaktif.

Coretan ini sekadar untuk berkarya dan menambah entri kepada blog saya yang dah lama rehat.  Moga ada manfaat kepada yang membaca. Dah berbulan rasanya tiada posting baharu di blog saya ni. Jadi perkara ni yang terlintas dan terus saya menaip.

Bila dimetaforakan blog dengan pekerja, saya boleh kaitkan isu staf ini dan huraikannya untuk posting kali ini. Nampak tak betapa sebagai manusia normal kita pasti tak akan suka melihat perkara yang berada di bawah, di depan atau di atas kita berehat saja kerjanya :)

Blog yang tiada entri baharu setelah sekian lama akan tinggal sepi, kurang pelawat dan lama-lama akan terbiar begitu sahaja. Jika konteks blog ini disamakan dengan konteks pekerja, rasanya tidak jauh berbeza. Pekerja yang kurang atau tiada penghasilan pasti akan memberi impak kepada organisasi. Kecekapan yang seharusnya berlaku tidak dapat direalisasikan. Beban kerja akan menjurus kepada sesetengah pekerja yang perform sahaja, ketidakadilan berlaku dan pembaziran juga berlaku secara tak langsung. Dalam jangka masa panjang, tahap kecekapan tinggi yang diharapkan tidak akan muncul. Jauh sekali nak harapkan memberi impak tinggi kepada pelanggan.

Mungkin antara punca yang membuatkan berlaku hal ini adalah kita tidak diberikan kerja oleh penyelia. Mustahil kita dapat duduk di meja kita bekerja tanpa ada kerja. Cuba buka fail meja atau job decription yang telah disediakan tu. Memang ada kerja kan? Kalau ya pun boss tak beri kerja, kita masih boleh bekerja dan menyumbang sesuatu kepada organisasi. Contohnya isi masa dan isi kepala dengan sesuatu yang memberi nilai balik kepada diri dan organisasi. Bangunkan pemikiran, pengetahuan dan kemahiran baharu misalnya. Kalau ya betul kita tidak cukup produktif di mata boss, kita masih tidak berdosa rasanya kalau kita secara konsisten memperbaiki diri dalam konteks amanah dan peranan yang perlu di pejabat tu. Ayuh, berubah dan manfaatkan masa di pejabat. Jangan lena lagi dibuai mimpi.

Nasihat saya kepada sesiapa sahaja yang berfikir untuk kekal lena dalam waktu bekerja. Cuba fikirkan kembali, adakah wajar kita terima gaji sebanyak ribu-ribu di hujung bulan dengan apa yang telah dikerjakan sebelumnya. Bacalah dengan jiwa terbuka. Jangan jadi seperti pepatah Negeri Sembilan tu "menghabehkan boreh jor".

Selamat berpuasa, moga segala amalan diterima. Amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 16 March 2019

Bila Rasa Serabut Di Pejabat


Kalau tiba-tiba kita rasa serabut dengan kerja pejabat, itu tandanya ada yang tak kena. Tak kena dari segi pengurusan masa sebenarnya. Kita berkejar tu antaranya disebabkan oleh masa yang dirasakan tak berapa nak cukup untuk menyiapkan itu dan ini. Dengan kekangan sumber-sumber lain yang terhad, ia memburukkan lagi keadaan.

Untuk mengatasinya kita boleh ambil pendekatan dengan memperbetulkan tiga perkara ni:-

1.  Reschedule
Semak semua perancangan dan sasaran masa untuk menyelesaikan sesuatu projek. Mungkin perkara tu tak urgent pun, jadi boleh diletakkan pada keutamaan rendah dulu. Buat perkara tu kemudian dan fokus dahulu kepada perkara yang lebih kritikal dan mendesak. Dahulukan mana yang penting. Adjust!

2.  Renegotiate
Rundingkan semula dengan pihak yang berkenaan sama ada boleh disesuaikan semula kerja tersebut. Mungkin pendekatannya boleh diubah mengikut persetujuan yang baharu. Mungkin keputusan dan ketetapan yang dibuat sebelum ini kurang tepat dan ia menyumbang kepada masalah-masalah yang timbul. Kita bincang!

3.  Redeligate
Kerja dan beban yang bertimbun pasti menyesakkan nafas dan otak jika kita seorang saja yang memikul. Kita yang initiate, kita yang memberi usul dan kita juga yang kena melaksana. Masak!! Agih dan sama ratakan tanggungjawab secara bersama. Beri tanggungjawab mengikut kekuatan yang mereka ada. Mereka boleh melakukannya, percayalah.. Boss kena yakinkan anak buah dahulu. You can do it!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 20 January 2019

Januari

Bulan Januari bagi saya adalah tempoh yang paling best dan kritikal. Sebab?!
Sebabnya, pada masa inilah kita dapat merancang sasaran matlamat, gerak kerja dan jadual tindakan. Baik dalam kerjaya, bisnes ataupun kehidupan peribadi, Januari adalah bulan pertama perlu kita lalui dengan hati-hati.

Bak kata orang, kalau kepala keretapi tu berkeadaan lancar dan baik, mudah untuk gerabak-gerabak di belakang mengikut dengan lancar. Permulaan yang betul selalunya akan membawa kepada pengakhiran yang betul.

Kelemahan dan kekurangan dalam tahun yang lepas, sepatutnya sedikit sebanyak boleh dijadikan bekal panduan untuk kelangsungan kejayaan masa depan. Kalau kita nak berubah pun, cepat-cepatlah bertindak dalam Januari ni.

Moga sukses akan cepat bersama kita seawal Januari juga. Best of luck to all my friends!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...