Sunday, 12 May 2019

Isi Masa Isi Kepala


Baru-baru ni saya didatangi seorang sahabat. Beliau mengadu kenapa beliau diadukan lagi kepada pihak yang menguruskan disiplin dan tatatertib. Ini berkait alasan dilihat lena dalam waktu bekerja di pejabat.  Beliau sekali lagi runsing dan sangat reaktif.

Coretan ini sekadar untuk berkarya dan menambah entri kepada blog saya yang dah lama rehat.  Moga ada manfaat kepada yang membaca. Dah berbulan rasanya tiada posting baharu di blog saya ni. Jadi perkara ni yang terlintas dan terus saya menaip.

Bila dimetaforakan blog dengan pekerja, saya boleh kaitkan isu staf ini dan huraikannya untuk posting kali ini. Nampak tak betapa sebagai manusia normal kita pasti tak akan suka melihat perkara yang berada di bawah, di depan atau di atas kita berehat saja kerjanya :)

Blog yang tiada entri baharu setelah sekian lama akan tinggal sepi, kurang pelawat dan lama-lama akan terbiar begitu sahaja. Jika konteks blog ini disamakan dengan konteks pekerja, rasanya tidak jauh berbeza. Pekerja yang kurang atau tiada penghasilan pasti akan memberi impak kepada organisasi. Kecekapan yang seharusnya berlaku tidak dapat direalisasikan. Beban kerja akan menjurus kepada sesetengah pekerja yang perform sahaja, ketidakadilan berlaku dan pembaziran juga berlaku secara tak langsung. Dalam jangka masa panjang, tahap kecekapan tinggi yang diharapkan tidak akan muncul. Jauh sekali nak harapkan memberi impak tinggi kepada pelanggan.

Mungkin antara punca yang membuatkan berlaku hal ini adalah kita tidak diberikan kerja oleh penyelia. Mustahil kita dapat duduk di meja kita bekerja tanpa ada kerja. Cuba buka fail meja atau job decription yang telah disediakan tu. Memang ada kerja kan? Kalau ya pun boss tak beri kerja, kita masih boleh bekerja dan menyumbang sesuatu kepada organisasi. Contohnya isi masa dan isi kepala dengan sesuatu yang memberi nilai balik kepada diri dan organisasi. Bangunkan pemikiran, pengetahuan dan kemahiran baharu misalnya. Kalau ya betul kita tidak cukup produktif di mata boss, kita masih tidak berdosa rasanya kalau kita secara konsisten memperbaiki diri dalam konteks amanah dan peranan yang perlu di pejabat tu. Ayuh, berubah dan manfaatkan masa di pejabat. Jangan lena lagi dibuai mimpi.

Nasihat saya kepada sesiapa sahaja yang berfikir untuk kekal lena dalam waktu bekerja. Cuba fikirkan kembali, adakah wajar kita terima gaji sebanyak ribu-ribu di hujung bulan dengan apa yang telah dikerjakan sebelumnya. Bacalah dengan jiwa terbuka. Jangan jadi seperti pepatah Negeri Sembilan tu "menghabehkan boreh jor".

Selamat berpuasa, moga segala amalan diterima. Amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails