Tuesday 20 November 2018

Hidup Mesti Nak Sihat




Tahu tak dalam hidup ni ada beberapa benda yang perlu kita sedar. Paling utama kita kena sedar 3 perkara ni iaitu tahap kesihatan, tahap keselamatan dan tahap iman kita. Kita sembang dulu hal kesihatan.

Bila dah sampai usia 40 tahun, tak dapat tidak, tahap kesihatan harus diberikan perhatian. Paling menakutkan bila kita tak sedar, apa situasi kesihatan dalaman kita. Justeru, ayuh kawan-kawan di luar sana, buatlah pemeriksaan tahap kesihatan diri. Periksa tekanan darah dan buat ujian darah. Lihat samada normal atau tidak. Terima seadanya keputusan yang keluar. Perbaiki dan bertindak sewajarnya atas nasihat doktor atau pakar perubatan.

Buat sahabat seusia, bila dah 40 ni, jagalah apa yang kita makan. Jauhi segala yang bergula dan tinggi garam. Rajin bersenam secara konsisten dan kawal stress. Melabur sikit masa dan modal untuk sihat. Bagi yang merokok, cuba berhenti.

Nikmat sihat sebenarnya nikmat yang sering kita abai. Kesiankan diri dan kenali tahap kesihatan diri. Untuk kita juga. Bila sihat, semua orang sayang 😊
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Maulidurrasul




Kehadirannya memberi rahmat kepada seluruh makhluk di langit dan di bumi. Kita patut bersyukur kerana ditakdirkan menjadi umat Baginda. Mari kita perbanyakkan salawat kepada Junjungan Besar SAW.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 5 November 2018

Jadilah Hacker Kalau Boleh

Kalau anda betul-betul nak jadi jahat, pilihlah untuk jadi penjenayah siber. Tahu sebab apa? Sebabnya hanya pencuri, yang pandai menangkap pencuri. Menjadikan otak dan kewujudan diri anda bernilai amat-amat tinggi. Bermodalkan skill komputer, pengaturcaraan komputer, pengetahuan dalam rangkaian komunikasi dan Internet mungkin anda boleh buat jenayah ni dengan cara diam-diam dan selamat.

Bukan kerja mudah pun untuk kita sebagai individu dan jabatan atau syarikat untuk sentiasa memantau apa yang berlaku di dalam jaringan rangkaian ICT masing-masing. Jadi, disitulah wujudnya ruang dan peluang dan ia juga bergantung kepada bakat seseorang tu dalam kemahiran sosial. Kalau kita perhatikan, tak ramai pun hacker yang ditangkap. Sebabnya mereka sememangnya pintar.

Jangan salah faham, saya bukan nak menggalakkan jenayah siber tetapi sekadar nak buka minda bahawa apakah realiti risiko dunia siber yang ada di luar sana. Kita rasa mungkin semua maklumat dan data kita selamat, tapi percayalah ia berkemungkinan dah tak selamat selagi mana disambungkan dengan Internet.

Itulah hakikatnya zaman mutakhir ni, "The World Is A Computer". Kalau bernasib baik, hacker yang ditangkap bukannya dihukum pun, sebaliknya ditawarkan pula bekerja di organisasi tertentu untuk menambahbaik atau mengukuhkan lagi lompong-lompong kelemahan siber yang ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 21 October 2018

Teknologi Maklumat VS Pengurusan Maklumat

Sebagai orang yang terlibat dalam ICT,  saya nak ambil ruang di sini untuk promote sikit tentang dunia ICT. Tapi untuk entri kali ni just nak bincangkan secara ringkas tentang istilah dulu. Jabatan Teknologi Maklumat vs Jabatan Pengurusan Maklumat 😀

Terdapat perbezaan antara istilah teknologi maklumat dan pengurusan maklumat. Teknologi maklumat merujuk kepada tools ICT yang digunakan untuk menguruskan data, proses dan pengguna. Teknologi maklumat akan menekankan pada 4 elemen iaitu infrastruktur, data, aplikasi dan teknologi.

Manakala pengurusan maklumat akan merujuk kepada bagaimana data, proses dan pengguna di kawal selia secara menyeluruh dan berkesan. Ia akan melibatkan tambahan 2 lagi elemen iaitu prosedur dan polisi.

Dapat saya simpulkan Jab. Teknologi Maklumat akan mempunyai skop yang lebih luas apabila dijenamakan kepada Jab. Pengurusan Maklumat. Mesej ini ditujukan secara langsung dan tak langsung kepada semua yang berkaitan. Sekadar mencadangkan dan memberikan pandangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 7 October 2018

Bina Ketampanan Sosial (Nilai Tonjol)


                                               


Kita kini bukan saja hidup dalam alam nyata, tetapi juga dalam alam maya. Dalam media sosial dan wujud di Internet. Keberadaan kita bukan kita saja yang merasainya tetapi sahabat dan kenalan yang turut hidup di alam maya. Facebook, Twitter, Instagram, YouTube Blog dan sebagainya.

Keberadaan kita sepatutnya memberi impak dan kesan kepada orang lain. Tiada gunanya kita wujud tetapi langsung tak memberi kesan kepada orang lain di sekeliling. Bak kata pepatah ibarat melukut di tepi gantang. Maksudnya kita ada atau tiada di satu-satu tempat tu ia langsung tak memberi kesan. Ada tak menambah dan tiada pun tak mengurang. Kita kalau boleh, jangan jadi begitu.

Hal ini sama juga bila diaplikasi dalam alam maya. Biar keberadaan kita di Facebook tu memberi kesan dan dilihat orang. Biar orang sedar kita ada. Untuk capai matlamat tu pertama sekali kita kena bina kepercayaan orang terhadap kita. Bina kecantikan dan ketampanan sosial. Bina identiti dan jadilah diri yang sebenar. Bila kita telah menjadi siapa kita yang sebenar, orang lain akan sedar akan kita, mendengar buah fikiran kita seterusnya mudah kita diterima dalam kelompok yang kita mahu berada. Dan jangan sesekali mencemar imej diri dan tak jujur dengan sesiapa pun.

Akhir sekali di sini saya suka nak berkongsi satu istilah yang saya dan isteri terfikir untuk memberikan idea apakah sebenarnya yang perlu kita jaga dan bawa identiti kita baik di alam realiti atau alam maya. Ianya kami panggil "NILAI TONJOL". Nilai tonjol adalah istilah untuk merumuskan apa yang saya jelaskan di atas. Semakin tinggi nilai tonjol seseorang semakin baik penampilan dan semakin mudah mereka diterima dalam kelompok sosial yang ada.

Selamat menaikkan nilai tonjol masing-masing. Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 11 September 2018

Bercutilah di Tempat dan Masa Lapang

Entri ini tidak sesuai dibaca oleh penggemar suasana orang bersesak-sesak 😅

Tajuk : Carilah Tempat dan Masa Yang Lapang

Semuanya kita kena rancang, lihat  pengalaman (juga bacaan) dan buat sikit kajian (juga ramalan). Bagi pandangan saya, dalam hal berjalan dan nak pergi bercuti ke mana pun, kita mesti bijak menjangka keadaan.

Cari info di Internet, trend pengunjung ke sana dan baca gerak hati kita juga. Perhati dan timbang betul-betul, agak-agak macamana situasi kat lokasi yang kita nak pergi bercuti tu.

Dengan trend orang Malaysia yang suka bertumpu ke satu-satu lokasi tumpuan, bersesak dalam traffic jam berjam-jam dan keluar bercuti bila cuti panjang, kita kena lebih berkira-kira untuk buat keputusan ke mana kita nak habiskan hari bercuti.

Posting ni semata-mata nak buka minda kawan-kawan mengenai bagaimana kita boleh elakkan terperangkap dalam sesak yang tak sepatutnya dan mengalami pengalaman duka lara masa bercuti.

Kita ambil contoh Cameron Highland.
Cameron sememangnya menarik, hijau dan cool, tetapi terhad sumber keperluan pelancong dan ruang selesa apabila semua manusia bertumpu mendaki dalam satu masa sama. Terutamanya hal lalulintas yang disebabkan memang itulah saja laluan yang ada di atas sana. Ditambah dengan bas-bas persiarannya lagi.

Harap orang Cameron tak kecil hati, ini contohnya saja 😊

Memilih tempat dan ketika masa yang tak ramai orang, patutnya jadi pilihan untuk kita (maaf ini sekadar pendapat). Tepuk dada, tanya selera 👌

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 31 August 2018

Kita Kena Berani dan Patriotik



Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-61. Sebagai anak bangsa yang lahir setelah merdeka, saya berasa amat bersyukur atas nikmat merdekanya kita daripada penjajahan suaratu masa dulu dan kesejahteraan yang ada kini di Malaysia. 

Tiada negara lain rasanya yang seselamat dan seaman bumi tercinta ni. Apa lagi yang kita mahukan selain nak melihat negara ni terus maju dan kekal sejahtera sampai akhirnya demi untuk anak bangsa dan generasi mendatang.

Untuk mengekalkan semua yang ada ni, bagi saya kita perlukan 2 yang utama iaitu sifat keberanian dan semangat patriotik. Keberanian untuk terus membawa Malaysia maju ke hadapan dan prinsip menjaga kedaulatan melalui tindakan patriotik dalam diri.


Sayangi Malaysiaku!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 15 July 2018

Berkemas Dengan Mudah

Duduk di rumah memang membuatkan kita tak dapat lari daripada mengemas. Lebih-lebih lagi bila ada beranak kecil yang belum sekolah. Tengah lasak tengah nakal :)

Bagi yang kaya berharta ia tidak menjadi masalah sebab ada bibik atau orang gaji yang diupah untuk mengemas rumah. Kalau di bandar besar tu ada juga perkhidmatan mengemas rumah yang diberikan untuk membersihkan dan menuci rumah bila diperlukan. Sediakan duitnya saja.

Ini antara tips yang boleh diamalkan untuk memudah dan memastikan rumah kita sentiasa bersih dan tersusun:

1. Gunakan bekas tisu kosong untuk isi plastik/gumpalan plastik. Ia lebih nampak kemas teratur, mudah dan jimat ruang.

2. Kalau ada kaca pecah jatuh di lantai, gunakan roti putih dan lap di lantas di mana kaca pecah tadi. Ia membantu untuk mengutip pecahan kaca-kaca yang halus.

3. Untuk elak baju yang kainnya licin jatuh daripada penyangkut baju, ikatkan getah di kiri dan kanan penyangkut baju tu.

4. Nak membersihkan gril pemanggang yang penuh sisa minyak dan makanan memang tak best. Caranya potong sebji bawang besar dan gosok pada grill tu.

5. Plastik sampah yang agak nipis mudah koyak dan bocor bila dah penuh. Untuk mengatasinya, semasa meletakkan plastik sampah dalam bakul sampah, letakkan ssekali sehelai surat khabar di dasarnya agar ia boleh menyerap air dan menjadi lapisan pelindung di dasar plastik tersebut.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebaik-Baik Teman Adalah Hati


Berbaik dan bermufakatlah dengan diri kita sendiri sebagaimana kita berbaik pakat dengan kawan-kawan bilamana nak mengusahakan sesuatu tujuan.


Hati ni, ada hati besar dan hati kecil. Hati kecil adalah lubuk hati yang lebih dalam. Sekiranya kita ingin mencari jawapan kepada segala masalah diri yang dihadapi cuba bertanya lebih daripada sekali kepada hati. Biasanya hati besar akan menjawab dahulu dan jawapan diberi adalah kurang pertimbangannya. Hati kecil pula akan menjawab selepas itu dengan lebih pertimbangan waras. Jelas sekali hati besar tiada masa nak melayan permasalahan diri yang dihadapi, manakala hati kecil lebih ikhlas nak mambantu dan memujuk diri kita mencari kebaikan dan kebenarannya. Hati besar sering memberi jawapan dengan penuh rasa ego manakala hati kecil lebih bersifat jujur. Itulah beza kedua-duanya yang harus kita sedar.

Saya pernah mendengar orang berkata, nasihat yang paling baik bukanlah nasihat yang boleh direkod dalam buku-buku sejarah, tetapi nasihat-nasihat yang boleh merubah diri kita. Ia mungkin nasihat yang mudah-mudah atau kecil perkara tetapi ia memampukan kita melaksanakannya sampai bila-bila. Ia menjadi prinsip diri yang teguh diamalkan.


Jadi percayalah dengan penuh keyakinan hati kecil boleh membantu dalam banyak hal bila kita ikhlas dan mahu bertanya kepadanya. Mudah kata, hati besar itu tadi adalah rasa hati dan hati kecil tadi adalah suara hati. Suara hati bersifat lebih lembut dan penuh rasa peduli untuk diri. Suara hati akan memberi pandangan dengan mengambil kira segala kelemahan dan kelebihan diri. Itulah teman sebenar yang sejati..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 13 July 2018

4 Cara Rangsang Perubahan Sikap Anak


Saya kongsikan tips daripada salah seorang yang mahir dalam perkembangan sahsiah anak-anak. Kalau tak silap beliau menjalankan program motivasi pelajar "Program Tapau A". Lupa pula saya apa nama beliau. 4 cara yang beliau berikan sebagai panduan khususnya untuk ibubapa menjadikan anak-anak memiliki sikap yang terangsang ke arah lebih adalah seperti yang berikut:

1. Sangka Baik Kepada Anak
Bila ibu bapa bersangka baik pada anak, In Sha Allah, anak tu anak tu akan berubah. Ia bersangkt kepada apa yang kita sangka seumpama pygmalion effect. Biar kita bersangka yang baik sahaja dan keadaaan akan berlaku mengikut sangkaan kita itu.

2. Doa Untuk Anak
Ini adalah perkara paling utama dan mesti dibuat oleh kedua-dua ibubpa kepada anak-anaknya. Doakan segala yang terbaik untuk pelajaran, akhlak dan kejayaan hidup anak-anak.

3. Sentuhan Terhadap Anak.
Tak dinafikan sentuhan yang kerap kepada anak dapat membuatkan ibu bapa nak anak menjadi lebih akrab. Peluk dan usaplah mereka dan sentuhan ini mempunyai kuasa tersendiri yang boleh melembutkan jiwa aak-anak.

4. Beri Pujian
Tiada siapa yang tidak suka dipuji. Apatah lagi pujian ibu dan ayah terhadap anak-anaknya. Cuma pastikan pujian itu pujian yang benar dan bukan palsu dibuat-buat. Pujianlah segala kebaikan dalam setip perbuatan baik yang anak lakukan walaupun perkara tu kecil sekalipun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 10 June 2018

Salah Satu Persiapan Raya - Aplikasi Mobile VSP PDRM

VSP adalah singkatan kepada Volunteer Smartphone Patrol yang merupakan inovasi baharu oleh PDRM bertujuan bagi memudahkan kita sebagai orang awam menyalurkan maklumat atau aduan yang memerlukan bantuan daripada pihak PDRM.

Antara maklumat dan aduan adalah seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludupan, maklumat balik kampung dan lain-lain maklumat yang memerlukan tindakan pihak Polis.

Modul yang terdapat dalam VSP adalah seperti berikut:

1. Aduan - Menyalurkan maklumat aduan insiden jenayah kepada pihak Polis.
2. Balik kampung - Menghantar maklumat balik kampung kepada pihak polis untuk memudahkan pihak Polis untuk membuat rondaan dan pemantauan semasa musim perayaan.
3. Direktori - Memberi senarai alamat dan nombor telefon Ibu Pejabat Polis bagi memudahkan orang ramai mendapat matlumat dan perkhidmatan berkaitan.

Apss ni juga dilengkapi dengan kemudahan peta dan koordinat melalui Google Maps. Download saja daripada PlayStore dan terus daftar :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sivik Orang Kita

Orang Malaysia saya rasa dah semakin bijak, maju dan agak berakhlak juga. Cuma rasanya, ada sikit-sikit lagi beberapa perkara dalam kehidupan Bangsa Malaysia di tempat awam yang boleh diperbaiki. Perkara-perkara ni sebenarnya kecil jer pun, tapi alangkah cantiknya kalau sama-sama kita dapat budayakan. Saya nasihatkan diri dan keluarga juga. 5 diantaranya: 1. Bila dah selesai makan, rajinkan tangan kemas pinggan cawan yang ada di meja. Susun elok-elok dan asingkan sisa lebihan makanan dan tisu dengan teratur. Lapkan dengan tisu jika ada yang tertumpah. Kerusi tu tolak masukkan ke meja elok-elok. Selesalah sikit untuk orang yang nak duduk makan di meja tu selepas tu kalau tak sempat lagi tukang kemas datang kemas meja. Jangan nampakkan meja lepas kita makan tu umpama kesan tinggalan "Perang Dunia Ketiga". 2. Biasakan makan hingga habis dan licin di pinggan. Di tempat negara susah yang lain, ada yang bulur takde apa nak dimakan tau. Masa amik tu, agak-agaklah boleh habis ke tidak. Kalau memang tak habis juga, sebab kenyang contohnya, tapaukan jer!! 3. Kalau kita dah selesai makan, bagi peluang orang lain pulak duduk makan. Toksah duk sibuk berborak sakan lagi bila ada orang lain yang tengah sengsara berdiri menunggu penuh harapan mencari meja kosong. Ini paling kritikal bagi kes semua meja penuh terutamanya masa-masa macam berbuka puasa di R&R. 4. Disiplinkan diri beratur dalam barisan untuk apa jua urusan. Baik untuk memilih makanan, nak bayar di kaunter atau nak basuh tangan sekalipun. Kambing pun pandai beratur dalam barisan. 5.Masa mencuci tangan di sinki basuh tangan, jangan hanya tangan kita jer bersih, tapi pastikan juga sinki tu pun bersih sekali. Bila dah selesai berkumur contohnya, cuba jangan tinggalkan apa-apa butiran nasi, sambal, sayur, tulang ikan atau kulit kerang kat sinki tu 😅 Kalau menghempus hinggus, agak-agak sikit bunyi buang hingus tu sebab manalah tahu, ada Makcik Bawang kat belakang tu yang tengah selera minum cendol. Air paip banyak dan sabun pun dah disediakan. Jirus ler bersih-bersih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...