Sunday 21 October 2018

Teknologi Maklumat VS Pengurusan Maklumat

Sebagai orang yang terlibat dalam ICT,  saya nak ambil ruang di sini untuk promote sikit tentang dunia ICT. Tapi untuk entri kali ni just nak bincangkan secara ringkas tentang istilah dulu. Jabatan Teknologi Maklumat vs Jabatan Pengurusan Maklumat 😀

Terdapat perbezaan antara istilah teknologi maklumat dan pengurusan maklumat. Teknologi maklumat merujuk kepada tools ICT yang digunakan untuk menguruskan data, proses dan pengguna. Teknologi maklumat akan menekankan pada 4 elemen iaitu infrastruktur, data, aplikasi dan teknologi.

Manakala pengurusan maklumat akan merujuk kepada bagaimana data, proses dan pengguna di kawal selia secara menyeluruh dan berkesan. Ia akan melibatkan tambahan 2 lagi elemen iaitu prosedur dan polisi.

Dapat saya simpulkan Jab. Teknologi Maklumat akan mempunyai skop yang lebih luas apabila dijenamakan kepada Jab. Pengurusan Maklumat. Mesej ini ditujukan secara langsung dan tak langsung kepada semua yang berkaitan. Sekadar mencadangkan dan memberikan pandangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 7 October 2018

Bina Ketampanan Sosial (Nilai Tonjol)


                                               


Kita kini bukan saja hidup dalam alam nyata, tetapi juga dalam alam maya. Dalam media sosial dan wujud di Internet. Keberadaan kita bukan kita saja yang merasainya tetapi sahabat dan kenalan yang turut hidup di alam maya. Facebook, Twitter, Instagram, YouTube Blog dan sebagainya.

Keberadaan kita sepatutnya memberi impak dan kesan kepada orang lain. Tiada gunanya kita wujud tetapi langsung tak memberi kesan kepada orang lain di sekeliling. Bak kata pepatah ibarat melukut di tepi gantang. Maksudnya kita ada atau tiada di satu-satu tempat tu ia langsung tak memberi kesan. Ada tak menambah dan tiada pun tak mengurang. Kita kalau boleh, jangan jadi begitu.

Hal ini sama juga bila diaplikasi dalam alam maya. Biar keberadaan kita di Facebook tu memberi kesan dan dilihat orang. Biar orang sedar kita ada. Untuk capai matlamat tu pertama sekali kita kena bina kepercayaan orang terhadap kita. Bina kecantikan dan ketampanan sosial. Bina identiti dan jadilah diri yang sebenar. Bila kita telah menjadi siapa kita yang sebenar, orang lain akan sedar akan kita, mendengar buah fikiran kita seterusnya mudah kita diterima dalam kelompok yang kita mahu berada. Dan jangan sesekali mencemar imej diri dan tak jujur dengan sesiapa pun.

Akhir sekali di sini saya suka nak berkongsi satu istilah yang saya dan isteri terfikir untuk memberikan idea apakah sebenarnya yang perlu kita jaga dan bawa identiti kita baik di alam realiti atau alam maya. Ianya kami panggil "NILAI TONJOL". Nilai tonjol adalah istilah untuk merumuskan apa yang saya jelaskan di atas. Semakin tinggi nilai tonjol seseorang semakin baik penampilan dan semakin mudah mereka diterima dalam kelompok sosial yang ada.

Selamat menaikkan nilai tonjol masing-masing. Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...