Tuesday 31 March 2020

Jadikan PKP - Tempoh Bertapa




Kalau zaman-zaman dulu, orang yang nak mendalamkan ilmu persilatannya dia akan pergi jauh berguru dan bertapa di gua. Untuk satu tempoh yang tertentu, dia akan mengasingkan diri jauh daripada orang lain. Di situ dia akan fokus mendalami ilmunya tanpa sebarang gangguan daripada orang lain. Di situ, dia akan diuji sepenuhnya ketahanan mental dan fizikal.

Tempoh PKP yang sedang kita lalui sekarang ni boleh kita andaikan situasi sama seperti di gua tu. Kita memencilkan diri, merenung diri, bertaubat dan memperbaiki sebolehnya apa kekurangan diri yang ada. Moga selepas berakhirnya tempoh PKP ni, kita keluar daripada rumah sebagai diri kita yang baharu. Orang baharu yang lebih positif.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 26 March 2020

Serba Tidak Menentu




Situasi yang sedang kita lalui sekarang adalah sesuatu yang luar biasa. Segalanya berubah sekelip mata tanpa kita jangka. Saya secara peribadi tak jangka langsung virus tu boleh tersebar luas di Malaysia. Nah, hari ni sejumlah 1,796 yang telah terjangkit. Langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sememangnya tepat dan itu pun saja pilihan yang ada untuk mengekang daripada ia terus menular.

Majoriti rakyat sekarang ni memang patuh dan berada di rumah sahaja. Selainnya adalah mereka yang terpaksa bertugas atas kepentingan negara serta menjalankan aktiviti keperluan harian yang kritikal untuk keperluan semua. Pergerakan secara umum adalah dibenarkan untuk tujuan memenuhi keperluan asas seperti makanan dan ubatan.

Dah masuk hari ke sembilan hari ini dengan semalam, kerajaan mengumumkan lanjutan 14 hari lagi PKP sehinggan 14 April 2020. Sememangnya kita kena cepat membiasakan diri dan terus mengekalkan disiplin untuk mengawal pergerakan dan tidak berjumpa dengan ramai orang di luar. Bagi saya untuk duduk di rumah bukanlah sesuatu yang susah, tetapi kadang-kala pengisiannya yang menjadi cabaran. Khususnya pengisian aktiviti untuk anak-anak yang masih bersekolah. Sekiranya mereka memang gemar duduk diam membaca, tidak jadi masalah. Jika sebaliknya itulah cabarannya kepada ibubapa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 21 March 2020

Lawan COVID19 Setiap Sudut


Ini petikan daripada sharing dalam group Whatsapp keluarga. Tak payah cakap banyak kita amal jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 20 March 2020

Tangani COVID19!

Syor ini just nak bantu Malaysia cepat pulih dari Covid19:
1. Expert dari Nuklear Malaysia bantu KKM di ruang situasi mana yang boleh. Saya rasa mereka juga ada kepakaran dalam mengendalikan situasi kecemasan sebegini. Mereka handle situasi bahan radioaktif dan serba sedikit tidak jauh piawainya dengan mengendalikan virus berjangkit. Saya pinjam idea ni dari sahabat di sana :)
2. Baitulmal atau institusi seumpama dapat wujudkan dana kecemasan untuk salur bantuan khas kepada peniaga kecil yang terjejas pendapatan harian, sekiranya keadaan begini terus berpanjangan. Kena difikirkan sesuatu untuk golongan ini. Kalau dah ada database lebih mudah.. macam takde lagi rasanya. YB kawasan kena main peranan juga kot.
3. Setiap seorang daripada kita semarakkan kempen #StayAtHome #JustStayAtHome #DudukDiamDiRumah di semua channel media sosial yang kita ada. Inilah daya yang saya ada. Bersuara walaupun diri bukanlah siapa-siapa.
#JustStayAtHome #DudukDiamDiRumah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 19 March 2020

Penamatan Projek

Projek kebiasaaanya ditamatkan atas dua faktor iaitu bilamana projek itu berjaya ataupun bila ia menemui kegagalan. Projek yang berjaya bermaksud sesuatu projek yang telah membelanjakan kos yang diperuntukkan, mengikut tempoh yang diberikan, mencapai objektif prestasi teknikal yang ditetapkan serta berjaya berintegrasi dengan proses yang ada dalam organisasi bagi mencapai misi organisasi. Manakala projek yang gagal adalah yang sebaliknya iaitu bilamana ia gagal dilaksanakan dengan kos yang diperuntukkan, mengambil tempoh masa yang terlampau lama melangkaui perancangan awal, tidak berupaya mencapai objektif prestasi teknikal yang sepatutnya dan tidak menyumbang kepada kelancaran operasi  organisasi.

Penamatan projek, bagi projek yang gagal bukanlah satu pilihan yang digemari. Kebiasaaanya ada pihak yang akan dipersalahkan dan itulah yang membuatkan ia sukar untuk dilaksanakan. Apapun sebagai professional, penamatan projek tidak harus dilihat sebagai satu kegagalan, sebaliknya ia adalah satu keputusan strategik yang diambil apabila projek tersebut tidak berupaya menyokong strategi organisasi.

Sebelum kita terpaksa melalui penamatan dan sebelum hadapi situasi yang lebih rumit, apa tindakan yang perlu? Kebiasaannya kita panggil pihak ketiga atau juruaudit luar yang tidak bias untuk semak pelaksanaan projek. Akan ada findings dan recommendation. Seterusnya kita bertindak dari situ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 18 March 2020

Penjarakan Diri 2 Minggu Ni Demi Kemaslahatan Sejagat

Hari ni bermula pelaksanaan larangan pergerakan individu di seluruh Malaysia disebabkan Covid-19. Kerajaan memutuskan keputusan ini  untuk mengurangkan risiko berlakunya gelombang penularan yang tak terkawal dalam negara. It is so simple actually. Just stay at home (berada di rumah) dan bataskan pergerakan untuk seminggu dua ni. Buatlah kerja apa yang patut di rumah tu. Buatlah kerja rumah dan lain-lain kerja di rumah. Saya fikir keperluan kritikal untuk berada di luar rumah hanya untuk cari barang dapur dan makanan sahaja untuk tempoh kawalan pergerakan ni. Kalau ada yang perlu keluar mencari makan, orderlah saja untuk tapau makan di rumah. Nak mudah Grab Food dan Food Panda. Balik kampung?! Tangguhkanlah dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...