Thursday 26 March 2020

Serba Tidak Menentu




Situasi yang sedang kita lalui sekarang adalah sesuatu yang luar biasa. Segalanya berubah sekelip mata tanpa kita jangka. Saya secara peribadi tak jangka langsung virus tu boleh tersebar luas di Malaysia. Nah, hari ni sejumlah 1,796 yang telah terjangkit. Langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sememangnya tepat dan itu pun saja pilihan yang ada untuk mengekang daripada ia terus menular.

Majoriti rakyat sekarang ni memang patuh dan berada di rumah sahaja. Selainnya adalah mereka yang terpaksa bertugas atas kepentingan negara serta menjalankan aktiviti keperluan harian yang kritikal untuk keperluan semua. Pergerakan secara umum adalah dibenarkan untuk tujuan memenuhi keperluan asas seperti makanan dan ubatan.

Dah masuk hari ke sembilan hari ini dengan semalam, kerajaan mengumumkan lanjutan 14 hari lagi PKP sehinggan 14 April 2020. Sememangnya kita kena cepat membiasakan diri dan terus mengekalkan disiplin untuk mengawal pergerakan dan tidak berjumpa dengan ramai orang di luar. Bagi saya untuk duduk di rumah bukanlah sesuatu yang susah, tetapi kadang-kala pengisiannya yang menjadi cabaran. Khususnya pengisian aktiviti untuk anak-anak yang masih bersekolah. Sekiranya mereka memang gemar duduk diam membaca, tidak jadi masalah. Jika sebaliknya itulah cabarannya kepada ibubapa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails