Thursday 19 March 2020

Penamatan Projek

Projek kebiasaaanya ditamatkan atas dua faktor iaitu bilamana projek itu berjaya ataupun bila ia menemui kegagalan. Projek yang berjaya bermaksud sesuatu projek yang telah membelanjakan kos yang diperuntukkan, mengikut tempoh yang diberikan, mencapai objektif prestasi teknikal yang ditetapkan serta berjaya berintegrasi dengan proses yang ada dalam organisasi bagi mencapai misi organisasi. Manakala projek yang gagal adalah yang sebaliknya iaitu bilamana ia gagal dilaksanakan dengan kos yang diperuntukkan, mengambil tempoh masa yang terlampau lama melangkaui perancangan awal, tidak berupaya mencapai objektif prestasi teknikal yang sepatutnya dan tidak menyumbang kepada kelancaran operasi  organisasi.

Penamatan projek, bagi projek yang gagal bukanlah satu pilihan yang digemari. Kebiasaaanya ada pihak yang akan dipersalahkan dan itulah yang membuatkan ia sukar untuk dilaksanakan. Apapun sebagai professional, penamatan projek tidak harus dilihat sebagai satu kegagalan, sebaliknya ia adalah satu keputusan strategik yang diambil apabila projek tersebut tidak berupaya menyokong strategi organisasi.

Sebelum kita terpaksa melalui penamatan dan sebelum hadapi situasi yang lebih rumit, apa tindakan yang perlu? Kebiasaannya kita panggil pihak ketiga atau juruaudit luar yang tidak bias untuk semak pelaksanaan projek. Akan ada findings dan recommendation. Seterusnya kita bertindak dari situ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails