Tuesday 31 March 2020

Jadikan PKP - Tempoh Bertapa




Kalau zaman-zaman dulu, orang yang nak mendalamkan ilmu persilatannya dia akan pergi jauh berguru dan bertapa di gua. Untuk satu tempoh yang tertentu, dia akan mengasingkan diri jauh daripada orang lain. Di situ dia akan fokus mendalami ilmunya tanpa sebarang gangguan daripada orang lain. Di situ, dia akan diuji sepenuhnya ketahanan mental dan fizikal.

Tempoh PKP yang sedang kita lalui sekarang ni boleh kita andaikan situasi sama seperti di gua tu. Kita memencilkan diri, merenung diri, bertaubat dan memperbaiki sebolehnya apa kekurangan diri yang ada. Moga selepas berakhirnya tempoh PKP ni, kita keluar daripada rumah sebagai diri kita yang baharu. Orang baharu yang lebih positif.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails