Saturday 12 April 2014

Bersara Awal

Biasanya 3 bentuk rugi yang diperoleh apabila kita berhenti kerja ataupun bersara daripada jawatan yang kita jawat kini. Tiada gaji, tiada lagi gerak fikiran dan penghormatan diterima berkurang.

Kebelakangan ni sering kita mendengar (khususnya dalam sektor awam), kalau tak larat atau malas kita bersara awal. Ataupun begini, kalau tiada apa masalah boleh teruskan sampai umur wajib bersara 60 tahun. Rata-rata terdapat ramai juga yang berkira-kira untuk bersara awal daripada tempoh bersara wajib. Nampak macam ada tekanan yang sedang ditanggung. Mungkin dek kerana faktor wang dan pendapatan, mereka masih perlu bertahan dan bertahan untuk tahun dan tahun yang mendatang.

Post kali ni hanya nak membincangkan sahaja tentang bagaimana kita nak mengakhiri episod kerjaya kita sedikit awal daripada biasa tanpa memudarat diri dan keluarga. Maksud saya bagaimana akhiran kita nanti di jabatan kita dengan persediaan dan keyakinan melalui hari- hari hadapan. Samada dengan cara yang penuh membanggakan ataupun kita berakhir begitu sahaja. Samada hari akhir kita tu disambut penuh ceria ataupun ketiadaan kita tak ubah seperti melukut di tepi gantang. Tiadanya kita tu tidak memberi kesan.

Bagi saya, bagaimana untuk kita memilih bagaimana akhirnya kita nanti di mana-mana organisasi pun, perkara yang paling pokok adalah what's next? Apa yang dah dilalui sepanjang bersama majikan atau jabatan tu penting, tetapi berkali ganda lebih penting lagi adalah apa pulak seterusnya bagi episod kehidupan dan kerjaya selepas bersara tu.

Persoalan ini bagi pandangan saya mungkin berbalik pada diri masing-masing. Apapun bagi saya mungkin kita boleh fikirkan dulu dengan kembali kepada 3 perkara yang merugikan di atas. Gaji, pemikiran dan penghormatan. Seeloknya apabila kita bersara dan berhenti kelak, cuba kita pastikan ketiga perkara ini tidak menurun dalam kehidupan kita. Itu mungkin jawapan kepada bila sebaiknya kita boleh bersara awal. Gaji diganti sumbernya, minda sentiasa digunakan dan sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Saya telah mengharungi selama 27 thn pahit getir bekerja di sektor awam & swasta & akhirnya mengambil keputusan utk bersara awal pd umur 50thn.Saya berasa teramat puas sekali bermula dgn gaji yg kecil selepas kelyar dr univ sehingga mencapai 5 angka & berkat dr tabung simpanan yg sediada cukup menampung sehingga akhir hayat saya insyaallah.

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails