Thursday 19 September 2019

Be The Best and Forget The Rest!


September saya anggap dah nak habis. Tinggal betul-betul 3 bulan saja lagi untuk selesaikan sasaran kerja untuk tahun ni. Secara kasar nampaknya 70% ~ 80% sasaran dah hampir nak dicapai setakat ni.  Dengan komitmen dan konsistensi yang dikekalkan daripada awal tahun hingga saat entri ni ditulis, saya sudah berasa puas. Dengan momentum yang ada ni, rasanya boleh dipertingkatkan lagi untuk pecutan akhir untuk ke saat hujung Disember nanti.

Begitulah caranya saya cuba menyumbang dalam perkhidmatan dan kerja. Saya berpegang kepada niat untuk kita sebagai pekerja cuba memberikan yang sehabis baik mengikut kapasiti yang kita ada. Sekiranya kita boleh menampar dinding pada tinggi 1.5 meter, tamparlah disitu, bukan menampar di bawah 1.5 meter. Sebaliknya kalau kita mampu menampar di ketinggian 2 meter, cubalah lompat tinggi lagi dan tambah jadi 2.1 meter.

Be the best and forget the rest!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 7 September 2019

Pasangan Yang Betul, Pasang Dengan Betul




Kita tahukan setiap benda dan perkara dalam dunia ni ada pasangan dan lawannnya. Benda baik lawannya benda buruk, darat pasangnya laut, kiri pasangnya kanan, atas pasangnya bawah, kecil pasangnya besar, gelap pasangnya terang, ringan pasangnya berat dan segalanya lagi. Ada ke benda yang tiada pasangan? Susahkan nak cari jawapan tu. Begitulah prinsip alam ni yang patut kita faham dan meraikannnya. Pasangan yang serasi akan melancarkan segalanya. Bila tak serasi, rumitlah jadinya.

Saya terfikir nak buat posting ni bila sebentar tadi saya hadir satu majlis kenduri doa selamat di rumah jiran. Sambil-sambil menjamu makan malam, saya bersembang dengan jiran yang duduk makan semeja. Alhamdulillah dapat sikit-sikit bertukar pandangan dan pengalaman dengan orang lama yang lebih berilmu daripada saya. Satu perkara yang kami sentuh tadi ialah mengenai kualiti insan. Insan yang kurang berkualiti pasti tidak padan dengan kemudahan, teknologi atau fasiliti yang berkualiti. Contoh mudah, di tandas awam yang serba canggih dan dibersihkan sentiasa, tapi kalau pengguna yang masuk keluar menggunakannya tu pengotor, kebersihan tu tak kekal lama. Ia tak ngam. Bila tak ngam itu datangnya masalah.

Jadi, moral daripada sembang-sembang kat atas tadi ialah untuk memudahkan satu-satu hal dan kerja ia perlu dipasangkan dengan betul dan dipasang dengan betul. Salah pasangan, masalah. Pasang dengan tak betul pun masalah. Itulah ceritanya posting malam ni.. Faham ke faham? hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...