Saturday 25 January 2020

Claim Jangan Tak Claim (e-Tunai Rakyat)



Alhamdulillah, masuk juga claim RM30 ni. e-Tunai Rakyat yang merupakan inisiatif ke arah mengalakkan aktiviti tunai dalam talian kepada rakyat Malaysia sememangnya saya sokong. 

Dalam minda dah melekat e-wallet ni hanya untuk orang-orang kaya yang duit dalam akaunnya banyak. Memudahkan mereka berbelanja. Tapi tidak semestinya begitu, sekalipun ada berbaki beberapa puluh ringgit pun, nilai duit tu boleh dibelanjakan untuk beli barang keperluan. Elok juga rasanya Kerajaan atau rakan strategik yang ada dalam masa sama beri juga sikit kesedaran kepada rakyat yang mungkin belum terdedah sangat tentang bagaimana cara nak guna e-wallet ni.

Buat kawan-kawan yang belum lagi claim, silakan claim. Dah dapat duit tu belanjakan terus sebab bulan Mac 2020 nanti expired dah duit tu. Tak tau juga nak belanja ke mana? Transfer jer RM30 tu ke e-Wallet saya :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 4 January 2020

Yang Boleh Kita Utamakan Dalam 2020 - Berjimat


Tips ni saya sedut sikit daripada buku Jimat Wang, Hati $enang! tulisan Khairul Fadhli. Dalam buku beliau ni banyak cara dan amalan yang beliau kongsikan. Untuk entri ni saya pilih hanya beberapa sahaja untuk sama-sama kita amal. Semoga ia berkesan dan terus memberi impak dalam 2020 ni. 

Ini saya kongsikan secara ringkas 10 tips yang paling saya suka. Semuanya ringkas, praktikal dan logik pun:-

  1. Kurangkan melihat idiot box (TV... ya TV!). Berapa jam biasa kita tengok TV dalam sehari? Kalau jumlah jam tu kita baca buku atau siapkan kerja kan lagi bagus. Taklah penat nak hadap iklan yang macam-macam tu lagi.
  2. Tukar aktiviti di luar rumah. Kalau sebelum ni kita asyik nak pergi MidValley, cuba tukar pergi masjid, library atau ke taman (jogging!).
  3. Hapuskan kad kredit. Ia hanya untuk kepuasan segera jer tu. Kad debit pun memadai untuk pelbagai transaksi.
  4. Berpuasa. Ia bukan saja jimatkan duit malah jimat masa dan tenaga.
  5. Bawal bekal. Pergi sekolah bawa bekal, perdi kerja bawa bekal, Pergi jalan-jalan pun bawa bekal. Jutawan pun ada yang buat camtu apa.
  6. Gunakan Internet sepenuhya. Banyak urusan zaman ni boleh dibuat secara dalam talian. Mungkin kita boleh ambil lebih lagi manfaat Internet tu dengan cipta sumber kewangan pasif melaluinya. Banyak cara, kita study dan kaji sama-sama ya :)
  7. Manfaatkan masa yang ada sepenuhnya. Masa merupakan aset. Pastikan kita ada masa yang berkualiti dan sentiasa ia diisi. Tak perlu sangat masa lapang.
  8. Belajar mengawal tekanan. Salah satu punca tekanan ialah bila kita terpaksa buat kerja yang bukan tanggungjawab kita. Deligate!
  9. Beli scara borong. Untuk barangan yang jenis tahan lama, beli dengan cara ni. Sila pergi ke Mydin.
  10. Bersahabat dengan mereka yang berilmu. Antara bidang ilmu yang patut kita bina hubungan antaranya ilmu agama, ilmu menjadi kaya dan motivasi diri.
Itu saja dulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...