Saturday, 25 January 2020

Claim Jangan Tak Claim (e-Tunai Rakyat)



Alhamdulillah, masuk juga claim RM30 ni. e-Tunai Rakyat yang merupakan inisiatif ke arah mengalakkan aktiviti tunai dalam talian kepada rakyat Malaysia sememangnya saya sokong. 

Dalam minda dah melekat e-wallet ni hanya untuk orang-orang kaya yang duit dalam akaunnya banyak. Memudahkan mereka berbelanja. Tapi tidak semestinya begitu, sekalipun ada berbaki beberapa puluh ringgit pun, nilai duit tu boleh dibelanjakan untuk beli barang keperluan. Elok juga rasanya Kerajaan atau rakan strategik yang ada dalam masa sama beri juga sikit kesedaran kepada rakyat yang mungkin belum terdedah sangat tentang bagaimana cara nak guna e-wallet ni.

Buat kawan-kawan yang belum lagi claim, silakan claim. Dah dapat duit tu belanjakan terus sebab bulan Mac 2020 nanti expired dah duit tu. Tak tau juga nak belanja ke mana? Transfer jer RM30 tu ke e-Wallet saya :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails