SEBELUM tinggalkan rumah untuk balik kampung:-
1. Maklumkan jiran atau pihak berkuasa (Balai Polis) hari-hari yang kita berada di kampung. Sekurang-kurangnya mereka tahu saat kita tiada di rumah.
2. Tutup dan cabut segala suis elektik kecuali peti ais. Charger phone jangan tak bawak. Triple check pastikan segala lampu, kipas dan air-cond dah off.
3. Buang segala sampah dan sinki kena kasi clear semua pinggan mangkuk siap basuh. Selagi mana tak berbasuh pinggan tu selagi tu kita dicelanya.
4. Ambil segala baju yang sidai di luar. Tak elok bergentayangan berhari-hari di luar. Macam-macam benda boleh hinggap nanti.
5. Pastikan set Baju Melayu lengkap dibawa. Jangan ada tertinggal butang baju, samping, itu dan ini. Tak semperna raya nanti. Baju-baju dan keperluan diri yang lain tengok jugalah 😅
6. Duit & sampul raya simpan dan susun teratur. Kalau ada kumpulan penerima yang berbeza asingkan betul-betul. Takut tersilap bagi nanti.
7. Khas kepada mereka yang ada anak kecil yang masih pakai lampin pakai buang. Bawa spare plastik bungkus untuk bungkus sisa najis lampin pakai buang tu. Takdelah beraroma "harum" masa orang-orang lain mendekati tong sampah di kampung nanti.
8. Buat yang ada bertanamkan bunga-bunga pasu di rumah, siram air siap-siap lebih sikit kat pokok tu. Haus pulak dia nanti. Pesan kat pokok tu nanti kita jumpa kembali ya. Boleh jer nak berdialog dengan pokok!
9. Balik ke kampung tu, bawaklah buah tangan sikit. Tak perlu banyak dan benda mahal pun. Asal berisi sikit tangan bila sampai di kampung. Takdelah tangan kosong bawak beg baju jer. Paling ideal, belikan 3-4 balang kuih raya.
10. Sebelum keluar baca al Fatihah dan ayat Kursi. Berniat nak menziarah dan keluar bermusafir. Untuk rumah dan harta benda yang ditinggalkan sementara tu, kita tawakkal Allah menjaganya.
Semasa Dalam PERJALANAN:-
11. Top up siap-siap Touch n Go. Belum tentu ada lorong tambah nilai nanti tu. Kalau ada kat berjela panjang beratur.
12. Rancang laluan perjalanan balik tu. Nak gerak jam berapa, nak lalu jalan mana nak bajet isi minyak di mana. Takut tak perasan minyak kering dalam perjalanan dan stesen minyak entah jauh di mana.
13. Nak tukar lorong, berhenti atau masuk simpang, jangan lupa "BERI SIGNAL". Penting sesangat ni! Samping tu patuhi segala peraturan jalanraya. Kalau kena hon, sabau jer lah dan kalau perlu nak hon orang, agak-agak sikit nada bunyi hon tu. Biar bunyi dia "pin!" "pin!". Jangan "POM!!" "POOM!!!"Jangan sesekali tunjuk tangan bagai kepada pemandu lain dan haram sekali ketuk dengan helmet cermin kereta orang lain 😂
14. Rasa jer mengantuk, buka kejap tingkap kereta bagi oksigen masuk dalam ruang kereta. Segera cari tempat berhenti, tidur kejap 5 minit (buka sikit cermin). Basuh muka/wuduk juga kalau boleh. Kalau tak salah, bila dalam keadaan berwuduq ni ada Malaikat yang menjaga kita.
15. Bila dah selamat sampai di kampung, ucapkan syukur, Alhamdulillah. Selamat sampai dah kita.
Selamat Pulang ke kampung!
Pandu berhati-hati dan penuh tenang. Selamat Hari Raya Eidulfitri. Maaf Zahir dan Batin.
-MFMT
No comments:
Post a Comment
Komen Anda