Baru-baru ni, saya ada bersembang dengan abah. Borak-borak kosong dikala Syawal anak beranak. Entah kenapa tiba-tiba masuk bab kekayaan orang Cina di Malaysia. Abah ambil contoh di Bandar Baharu Kampar, majoriti hartanah dan rumah di kawasan tu dibeli dan dipunyai mereka. Sedikit sangat kaum Bumiputera yang memiliki aset di sana. Memanglah mereka agak ramai di Kampar dan memang menguasai kegiatan ekononi sejak berpuluh tahun dahulu lagi.
Apa yang dapat saya jelaskan pada abah adalah 3 perkara. Pertama masyarakat Cina memang asalnya lebih dahulu ketamadunnya. Sebagai antara tamadun terawal pastinya segala aktiviti perdagangan dipelopori nenek moyang mereka lebih awal daripada orang di Tanah Melayu. Mereka ada hubungan langsung dengan negara China yang pastinya sumber utama bagi kebanyakan keperluan aktiviti niaga mereka.
Kedua, lingkungan dan minda mereka memang dididik sejak awal untuk mencari duit dan berniaga. Jika tidak berpendidikan tinggi, pasti ada satu-satu kemahiran yang akan dikuasai mereka untuk dijadikan asas modal berniaga. Disamping tu juga, mereka dikatakan menyokong antara satu sama lain untuk melahirkan usahawan atau peniaga baru. Kesinambungan daripada satu generasi ke generasi seterusnya sentiasa ada.
Dan yang ketiga bagi saya, sebagai peniaga dan usahawan, pendapatan mereka pastinya lebih tinggi daripada pekerja yang makan gaji apatah lagi penjawat awam :) Dengan pendapatan yang lebih ini bermaksud akan ada lebih simpanan dan lebih pelaburan yang boleh dibuat. Seterusnya lebih pulangan yang diperoleh. Saham sebagai contoh. Jadi, tidak hairan aset pemilikan mereka makin bertambah.
Moralnya, kita kena belajar banyak lagi daripada sahabat-sahabat Cina di negara kita ni. Mereka memang sudah jauh ke hadapan. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni, mereka nampak stabil dan tak tertekan pun rasa saya.
No comments:
Post a Comment
Komen Anda