Friday, 31 July 2015

Ajar Anak Berenang

Sabtu lalu, sempat meluangkan masa menziarah seorang kenalan di Shah Alam. Mereka sepasang usahawan yang telah membina perniagaan tersendiri dan suka juga saya mencedok serba sedikit pengalaman yang mereka kongsikan.

Antara yang boleh saya petik daripada banyak isi perbualan kami adalah, kerja dengan majikan Melayu perkara pertama yang perlu dijaga dulu adalah emosi. Kena jaga emosi boss, rakan sekerja dan staff. Selepas itu baru tumpuan kepada kerja dan produktiviti. Mungkin ada betulnya.

Sebaliknya bila bekerja dengan firma yang professional (orang putih sebagai contoh), hasil diutamakan. Mereka lebih objektif dan sentiasa tetap dengan sasaran yang ditentukan. Daripada pengalaman mereka, memang betullah tu :)

Apapun bagi saya dimana pun kita bekerja kita tidak akan capai sesuatu keadaan yang cukup sempurna. Asal namanya bekerja, pasti urusan sesama manusia tidak dapat dielak dan manusia memang tak sempurna. Kita sendirilah yang perlu sesuaikan diri untuk kerja dan majikan kita.

Cukup dulu bab kerja :)

Cuma satu nasihat yang tak kurang penting daripada mereka, supaya anak-anak yang masih kecil diajar berenang. Tujuannya tak lain, tak bukan melainkan untuk keselamatan mereka di masa hadapan. Contoh yang diberikan kepada saya: bayang satu masa nanti mereka terjatuh ke dalam kolam air atau kolam renang misalnya. Tentu jadi masalah kalau tidak tahu langsung berenang.

Hal ni mungkin kecil bagi kita, tetapi tentunya trauma besar bagi yang pernah melalui insiden atau kemalangan jiwa berkaitan anak yang lemas disebabkan tidak tahu berenang.

Sememangnya kemahiran berenang adalah sangat penting, apabila ia benar-benar diperlukan nanti. Malang tak berbau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails