Ku jejakjalan yg berlikumembara jiwakumemburu impian
Ku renang lautan gelorabiarpun tersadaidi hujung duni
akan ku tempuhi segala rintanganbiarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitammenjadi milik mu...
Ku muladengan langkah inimenuju sinaran abadi
Lirik diatas adalah daripada lagu yang dinyanyikan oleh Kaza sekitar tahun 80an saya rasa. Bila menghayati liriknya saya sedar dalam seiap diri kita ada satu kekuatan yang seharusnya kita guna dan teguhkan untuk mencapai apa juga impian yang kita nak capai. Kekuatan itu terletak kepada matlamat yang jelas dan sebab yang kuat yang tak mudah pudar dipadamkan oleh sesiapa pun. Kekadang kita tidak ada matlamat pun dalam hidup ni. Membiarkan sahaja masa berlalu tanpa sebarang sasaran yang nak dicapai memang menyedihkan. Bila dah ada matlamat kita perlu pasakkan dengan satu sebab yang kukuh untuknya. Sebab yang sangat kuat hinggakan tidak goyah semasa apa jua cabaran yang datang melanda.
Mudah katanya, untuk sukses dalam apa yang kita usahakan, kita perlu ada 2 perkara ni dahulu: MATLAMAT yang cukup jelas dan SEBAB yang cukup kuat untuk matlamat tu!
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-memburu-impian-kazar-gila-gila.html#ixzz3ixaLHUUw
No comments:
Post a Comment
Komen Anda