Saturday, 11 July 2015

Salam Lebaran 1436H

Jumaat ini jika ada umur dan rezeki, umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Cepat rasanya Ramadhan kali ni berlalu.

Saya mengambil kesempatan di ruang bicara blog ini untuk memohon maaf sekiranya ada salah silap saya, isteri dan keluarga kepada semua yang mengenali. Almaklum kita manusia biasa, selalunya terlanjur atau tak perasan mungkin pernah mengguris emosi orang lain.

Musim raya kali ni rasanya, diharap aturan kehidupan kita semua bakal lebih tersusun dan terancang. Terancang kemas untuk program aktiviti, masa dan perbelanjaan, natijah dari pelaksanaan GST, minyak naik dan kenaikan kadar tol yang akan menyusul :)

Pesanan buat semua, sambutlah raya sebagai ibadah dan jadikan ruang masa yang ada untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Kekalkan momentum Ramadhan dari segi amalan dan jangan tak jaga makan. Memang rendang, lemang dan kuih raya tu sedap, tapi jamah sekadar merasa. Sebabnya nikmat hidup yang kedua selepas nikmat Iman ialah nikmat kesihatan.

Elakkanlah kalau boleh bercerita sangat hal politik dan umpat mengumpat semasa raya nanti. Usah topup balik dosa yang mungkin dah terampun dalam Ramadhan ni. Cuba cari topik perbualan yang lebih membina macam sembang-sembang bisnes ker.. kan lebih positif.

Akhirnya, jangan lupa berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Leka sekelip mata, padah boleh menimpa. Minta simpang jauh-jauh. Sekian, wassalam.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails