Saturday, 11 July 2015

Salah 1 Ciri Negara Tu Dah Maju

Terfikir saya baru-baru ni untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pastinya tiga utama harus telah dicapai iaitu faktor pelaburan asing yang tinggi, jumlah tenaga professional yang ramai serta mentaliti dan sikap rakyatnya dalam semua hal.

Untuk 3 perkara tersebut biarlah para cerdik pandai yang memikirkannya. Saya lebih cenderung melihat daripada satu sudut yang lain iaitu aspek tarikan pelancong ke dalam negara.

Untuk meningkatkan hasil daripada cukai memanglah satu kaedah, tetapi saya suka melihat kerajaan memberikan tumpuan dan minat untuk melabur sedikit dalam sektor pelancongan. Pulangan hasil pasti tinggi untuk seseorang pelancong yang berbelanja untuk satu-satu tempoh masa.

Cuba lihat negara-negara di sebelah Eropah sana. Banyak sekali produk pelancongan yang mereka ada. Satu kelebihan mereka yang kita kalah hanyalah cuaca. Tak dinafikan ia faktor juga dalam mempengaruhi kemajuan dan ketamadunan sesuatu bangsa.

Saya lihat negeri Melaka telah lama bergerak kearah itu. Membentuk lanskap persekitaran bersih dan indah adalah permulaannya. Seterusnya ditambah dengan pengujudan lokasi tarikan pelancong samada berasaskan sejarah, budaya, kesenian, kesihatan, alam semulajadi, makanan, rekreasi, hiburan dan sebagainya.

Bagi saya selagi kita tak cukup menarik untuk diletakkan dalam destinasi pelancongan utama dunia, selagi itulah cabaran menjadi negara yang maju sukar dicapai. Selagi sampah masih merata-rata, selagi pemandu teksi tidak beretika (segelintir), selagi kita membuang masa dengan isu pengurusan dan pentadbiran.. jauh lagilah nak majunya.

Mungkin selain tumpuan kepada lanskap, kita boleh mula dulu dengan kebersihan longkang dan sungai dulu. Sistem parit dan tali air kita rasanya ikut standard atau tidak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails