Semua orang tahu pengurusan kewangan diri tu penting dan harus diamalkan dengan syarat ada disiplin pada diri. Tak kiralah diperingkat mana pun kita berada, sebab jimat tu lawannya membazir. Jimat untuk seorang yang kaya mungkin berbeza dengan seorang yang miskin. Bila dilihat dalam konteks keperluan seharian mungkin agak berbeza antara kedua-dua golongan. Orang kaya mungkin jimatnya makan di restoran yang biasa-biasa tapi untuk yang kurang berada mungkin membawa bekal makan adalah penjimatan untuk dirinya.
Memulakan tahun 2016, memang dah dirasai bahang kemelut ekonomi yang ada.. Tambang, yuran, subsidi minyak, tol, bil, GST dan nilai ringgit turun lagi.. Memang kesemuanya tak banyak yang memihak kepada pengguna dan rakyat kebanyakan.
Dalam suasana semasa, saya nampak 2 gesaan utama kepada kita semua iaitu berjimat cermat dan cuba meningkatkan pendapat diri dengan berniaga atau buat kerja tambahan. Untuk menjadi peniaga tu memang tak boleh kita nafikan sebab kita semua tahu, 9 daripada sumber rezeki itu dalah daripada perniagaan.
Dalam aspek berjimat cermat, kita sering dengar respon yang diberikan ialah susah nak menyimpan, sebab nak belanja pun tak cukup. Memang betul kenyataan tu, tapi mungkin apa yang boleh kita usahakan kita tetap menyimpan walaupun dalam jumlah yang sedikit. Simpan sehari seringgit pun tak mengapa, sekurang-kurangnya ada duit yang terperangkap dan boleh membantu kita nanti dikala sempit dimasa depan. Bagi saya kalau dah sesak tu, seringgit pun amat berharga jadinya...
Percayalah ;)
Percayalah ;)
No comments:
Post a Comment
Komen Anda