Terdengar saranan TPM untuk diwujudkan sekolah satu aliran.. Kita tidak pasti pendekatan dan aturan yang bagaimana yang dimaksudkan.. Adakah untuk menyeragamkan semua aliran dalam silibus yang sama atau bagaimana..
Apapun sekarang ni kita lihat parti politik Cina dan India nampaknya belum bersedia untuk menerima cadangan sekolah 1 aliran berkenaan. Cuma saya rasa perlaksanaannya mungkin akan lebih boleh diterima sekiranya ianya dimiripkan kepada konsep Sekolah Bestari yang pernah diketengahkan oleh Tun Mahathir sebelum ini... berkongsi fasiliti seperti padang, dewan, kantin dll.. mungkin perlu kepada penempatan.. banyak juga perubahan yang perlu.. paradigma dan infrastruktur..
Pendapat saya sebagai rakyat marhain ni : Sekolah aliran Kebangsaan, Cina dan Tamil masih boleh mengekalkan silibus dan cara pengajaran masing-masing.. Cuma untuk menyokong gagasan 1 Malaysia mungkin perlu diadakan banyak titik pertemuan setiap murid dalam aliran sekolah-sekolah ini. Mungkin ketiga-tiga aliran boleh berkongsi dalam apa jua perkara yang boleh dikolaborasikan bersama terutamanya yang berkaitan bidang ko-kurikulum, sukan serta lain-lain aktiviti luar bilik darjah. Pertemukan mereka secara kerap.. Jadi proses kenal mengenal tu akan lebih cepat.. Seterusnya akan timbul rasa saling memahami, tolak ansur dan rasa bersama-sama berada di negara Malaysia ini..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda