Thursday, 5 November 2009

Drama Melayu..


Teringat di suatu masa dahulu.. semasa zaman belajar, saya suka juga mengikuti drama-drama Melayu di TV.. sekitar tahun 1999 hingga 2001.. dalam usia awal 20an rasa macam selesa untuk mengikuti drama dan episod kehidupan yang ditayangkan... Tak ketinggalan juga untuk saya menonton VCD filem-filem mat saleh yang ada dalam koleksi kawan2 ;) (PELIK rupenya kalau student tak layan filem @ VCD masa tu.. ).. layanjer apa-apa filem pun.. mengisi masa terluang dan mencari sedikit hiburan.. Ketika itu tanyalah saya nama-nama pelakon drama Melayu, rasanya hampir 90% saya kenal dan tahu nama mereka..

Namun, setelah mula bekerja dahulu, masa yang diperuntukan untuk melihat drama di TV agak kurang sikit... kadang-kadang jer.. mungkin sebab masa di sebelah malam tu lebih ditumpu untuk membuat persediaan kerja di hari esoknya. dalam tahun 2002 hingga 2005 lebih kurang, masa untuk melayan drama-drama Melayu ni agak sedikit... Ramai pelakon-pelakon baru dengan bakat-bakat dan muka-muka baru timbul....

2006 sehingga kini... Zaman berkeluarga.. Bila ada keluarga tentunya kita akan ada sedikit masa bersama keluarga.. salah satu aktiviti bersama dalam keluarga ialah menonton TV.. so saya pun kembalilah dapat mengikuti kembali sikit-sikit drama-drama Melayu di TV. Bila balik ke kampung pun begitu jugalah suasananya.. layanlah Cerekarama, slot-slot drama bersiri, tak bersiri dll... Tetapi ... dalam masa yang sama, ada banyak drama-drama dan cerita-cerita TV dari negara luar terutamanya Indonesia dan Korea yang ditonton juga... Walaupun saya tidak mengikuti kesemuanya tetapi saya merasakan ada sedikit perbezaan sekiranya dibuat perbandingan antara drama Malaysia berbanding Korea..




Drama Melayu dari tahun 2000 sehingga kini, sama sahaja coraknya... isu dan kandungan cerita dari dulu hingga kini agak sama... isu cinta, dengki khianat ditambah sedikit unsur lawak jenaka.. begitu juga dengan cara persembahan dan jalan cerita.. sama dari dulu hingga kini.. Kadang kala agak mudah untuk kita menjangka kesudahan jalan cerita berkenaan..

CUMA... apa yang ingin saya cuba katakan di sini adalah, kenapa pengiat drama tidak cuba menghasilkan drama dengan jalan cerita yang lebih menarik dan menyentuh secara mendalam perasaan dan pemikiran masyarakat. Ada beberapa drama dan siri cerita dari Korea dan Jepun yang masih teringat-ingat di fikiran saya walaupun saya menontonnya ketika masa lebih 5 tahun dahulu.. Tetapi kalau drama Melayu, tengok dua kali jer kita sudah tiada "perasaan" @ "feel" lagi untuk menontonnya.. kecualilah beberapa cerita dan drama tertentu seperti filem-filem oleh Tan Sri P Ramlee dan lain-lain..





Diharapkan dengan penubuhan Dana Industri Kreatif dan Tabung Penggiat Kebajikan Penggiat Seni yang diumumkan pada bajet 2010 lalu boleh mengubah keadaan dan senario ini.. Kalau diperbanyakkan drama yang bertemakan semangat ingin memajukan diri alangkah bagusnya... Contohnya apabila didramakan kisah bagaimana seorang anak muda membina kejayaan dalam perniagaannya dengan penuh ranjau duri dengan olahan yang boleh melekat di setiap penonton.. tentunya sedikit sebanyak menggalakkan kemajuan dalam aspek perniagaan itu dalam jiwa anak muda.. Jangan asyik ditontonkan perasaan kasih sayang dan budaya Melayu yang malas dan dengki mendengki itu sahaja.. Drama Melayu boleh mempengaruhi minda masyarakat dengan caranya tersendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails