Friday, 20 November 2009

Sejuk Mata Memandang


Seminggu yang lalu saya dan keluarga telah ke Sungai Tekala di Hulu Langat.. berhajat nak berendam menyejukkan badan dan merehatkan minda.. Di dalam perjalanan memang tak banyak sangat kenderaan ( lalu jalan bukit ) dari Pekan Hulu Langat terus ke kawasan rekreasi Sungai Tekala.. Dalam perjalanan ternampak di tepi laluan lebih kurang 2 atau 3 kawasan pembuangan sampah "haram". Berlonggok dan bertimbun sampah dibiarkan di tepi jalan.. Ini satu keadaan yang nampaknya tiada kesudahan.. Mudah sangat membuang sampah.. Mentang-mentanglah kawasan tu jauh dari pandangan orang.. Apa papan tanda amaran denda pun takde makna.. Sedih.....

Kita lupakan kesedihan itu seketika.. Sesampai di kawasan air terjun berkenaan, ramai juga pengunjung yang ada.. sedang mandi, bersuka ria, berehat dan lain-lain. Terus kami mencari lokasi yang sesuai, makan tengahari dan berendam akhirnya.. Suka benar anak saya yang sorang ni dengan air.. Airnya agak sejuk mungkin dek kerana cuaca yang tidak panas ketika itu..






Syabas kepada pengunjung dan pengurusan yang menjaga kebersihan di sana.. Jika dibandingkan di masa dahulu ( kira-kira setahun lalu ) ia agak kotor dan banyak sampah.. Kesedaran menjaga kebersihan inilah yang seharusnya diterapkan dalam setiap diri kita tak kira di rumah, di bandar, di kampung, di pejabat dan di mana-mana pun..

Bagi penggemar-penggemar air terjun serta kawasan rekreasi lain, harap teruskan kecintaan kita kepada menjaga, menghargai dan mengekalkan kebersihannya.. Ianya adalah nikmat pemberianNYA untuk kita. Jangan dirosak dan dicemari selamanya. Di mana lagi kita nak mencari tempat yang menyegarkan kalau bukan di air terjun kan... Apapun berhati-hati di kawasan air terjun yang kita tidak biasa ketika musim hujan ni ;)

http://recyclemalaysia.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails