Esok, 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Pada paginya Solat Sunat Aidiladha akan dilaksanakan dan seterusnya dilakukan aktiviti menyembelih binatang ternakan untuk dikorbankan.. Untuk huraian lanjut kita boleh rujuk dari laman web IKIM :
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=1683&lg=1&opt=com_article&sec=Konsep dan hikmah pengorbanan itu memang amat luas. Apapun tujuan pengorbanan yang hendak kita lakukan itu, ianya mesti dimulakan dengan niat yang ikhlas dan tak lari dari landasan kebaikan. Mengikut perintahNYA dan menghindari laranganNYA.
P.Ramlee pernah menyanyikan lagu yang antara liriknya "berkorban apa saja.. harta ataupun nyawa.." Memang dua bentuk pemilikan kita ini amat kita sayangi.. Siapa yang tak sayang harta dan nyawakan.. Tapi itulah yang amat dituntut untuk membuktikan betapa teguhnya iman dan keyakinan kita kepadaNYA.
Satu lagi perkara yang mungkin kita perlu fikirkan untuk DIKORBANKAN selalu ialah Nafsu Kita. Nafsu kejahatan yang sentiasa menghendakkan kepada kejahatan, ketidakpuasan, hendak dan hendak lagi.. Bisikan jahat dalam diri kita akan sentiasa berlawan dengan bisikan baik mengarahkan kita melakukan itu dan ini.. Kadang kala bisikan jahat yang menang dan kadang kala bisikan baik pula yang berjaya.. Jangan dibiarkan bisikan jahat sentiasa menguasai kita.. Apapun kita mesti kuatkan lagi kepercayaan dan ikutan kita kepada bisikan-bisikan yang baik.. Padamkan seboleh mungkin sisa-sisa nafsu jahat yang ada tu.. Tenyeh abis-abis.. biar dia letih dan terus letih dalam membawa kita ke lembah kebinasaan.. Wallahualam..
Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua.. Maaf Zahir dan Batin..
Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua.. Maaf Zahir dan Batin..
Berhati-hati di jalanraya ;)
No comments:
Post a Comment
Komen Anda