Saturday, 7 November 2009

Proprietary Lawan OSS


Di zaman kini ICT melakukan hampir segalanya..
Ilmu dan pengetahuan dikongsi bersama..
Semua maklumat ada dalam bentuk digital "0" dan "1"...
Pen drives menggantikan pen...
Nak buat apa-apa pun... semuanya nak bantuan Teknologi Maklumat.. semuanya nak diSISTEMkan!!
Nak luahkan idea dan perasaan pun guna ICT... blog dan facebook misalnya..hehe..


Daripada MyGOSSCON 2009...

Dapat dilihat usaha yang amat positif oleh pihak Kerajaan melalui MAMPU untuk mengubah hala tuju penggunaan perisian berbayar / berlesen dalam sektor awam, swasta dan pendidikan kepada perisian sumber terbuka (Open Source @ Percuma) yang lebih menjimatkan.. Cuba kita bayangkan situasi kini dimana dalam sesebuah organisasi itu, ia terpaksa memperuntukan sekian banyak ringgit hanya untuk memastikan setiap perisian yang ada berjalan dan berfungsi (On).. Setiap tahun kena renew lesen perisian itu dan ini.. Bukannya murah pulak tu.... Contoh sahaja: Katakan satu agensi perlu membayar RM10,000.00 untuk lesen "Tingkap" oleh "Pakcik Pagar"... Tidak hairanlah kenapa pakcik tu maintain jer jadi orang paling KAYA di dunia..





Secara mudahnya OSS (Perisian Sumber Terbuka) adalah perisian yang percuma dan boleh dimilik tanpa perlu membayar apa-apa kos perlesenan. Ia bukan sekadar percuma daripada segi harga perlesenan malah boleh dimuat turun sebanyak mana pun, boleh disalin sebanyak mana pun, boleh dipasang sebanyak mana pun dan boleh disebarkan semula sebanyak mana pun, tanpa sekatan.

Kita boleh dapatkan maklumat lanjut di http://www.opensource.org/

Umumnya OSS memberi kelebihan dari segi :

1. Penjimatan Kos Yang BESAR
2. Boleh menggalakkan budaya berfikir, inovasi dan kreativiti.
3. Tidak terlalu bergantung kepada pembekal, pemilik perisian berkenaan..



Mungkin ada persepsi kita bahawa perisian berlesen ini lebih mudah, lebih lengkap tak perlu nak fikir apa, tetapi bagi saya, dalam perjalanan hidup ini, sekiranya kita ada pilihan yang lebih baik mengapa tidak kita ubah (walaupun sedikit susah dipermulaan).. kebiasaannya apa sahaja perkara di dunia ini berat dan sukar diawalnya sahaja, tetapi bila ia telah mula bergerak... momentumnya akan bertambah sedikit demi sedikit dan ia akan semakin laju dan boleh menjadi terus laju. Ia mungkin akan mengambil masa untuk kita mengubah keadaan semasa kepada sesuatu yang baru..

Mereka yang terlibat secara langsung dalam ICT khususnya sudah tentu perlu mempersiapkan diri untuk mengubah paradigma dan belajar dan MENCUBA untuk menggunakan perisian yang berasaskan sumber terbuka ini.. Saya memperingatkan diri saya sebenarnya ni ;) Contoh paling mudah.. daripada menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint) kita ada pilihan untuk menggunakan OpenOffice (mempunyai ciri yang sama)... Semoga usaha ini berterusan demi faedah dan kesejahteraan bersama... Kenapa? Sebab.. duit penjimatan untuk KOS perlesenan tadi boleh disalurkan kepada aktiviti dan program pembangunan rakyat yang lain..

Pengajaran besar selepas dapat menghadiri konferen berkenaan ialah Orang Buta Pun Boleh Buat Programming...  hebat dia ni... En Krishnakant Mane dari Comet Media Foundation, India.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails