Sekarang ini terpampang di mana-mana poster filem 2012.. Filem berkait dengan bencana alam yang amat dasyat.. Tentunya peminat filem aksi "bencana" tertunggu-tunggu untuk menontonnya.. Pembikin filem di Hollywood sememangnya kreatif dan tidak kering idea dalam menghasilkan filem untuk hiburan dunia..
Apa yang saya ingin tulis di sini adalah sememangnya manusia (tidak kira siapapun) akan takut dan tidak sanggup untuk menghadapi bencana alam khususnya yang berskala besar... seperti tanah runtuh, banjir besar, gempa bumi, kebakaran dan yang setara dengannya. Lihat sahajalah peristiwa yang pernah berlaku seperti Tsunami di Acheh, gempa di Padang dan sebagainya. Ingatlah kita bahawa berlakunya sesuatu bencana itu adalah disebabkan oleh 2 sebab ( dipanjangkan daripada tazkirah seorang Ustaz yang mengajar di pejabat di waktu zohor tadi ) iaitu :
1. Sunnatullah - kejadian dan aturan perjalanan dunia oleh Allah, dan
2. Akibat perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri.
Yang no 1 tu memang kita tidak dapat nak elakkan seperti kejadian hujan lebat dan banjir sedang berlaku sekarang di Pantai Timur dan beberpa kawasan lain..
Yang no. 2 pula, kita semua kena sentiasa fikirkan dan perlu sentiasa beringat.. Jangan dibiarkan maksiat terus berleluasa kerana apabila bala diturunkan akibat murkanya Allah, semuanya akan kena sekali.. nauzubillah.. Kita selalu melihat bencana di tempat lain, tak mustahil boleh berlaku kepada kita. Moga semua aktiviti maksiat yang masih ada dan berleluasa di bumi Malaysia ini dikuburkan seawal-awalnya sebelum terlambat dan segalanya tidak menjadi seperti "nasi sudah menjadi bubur".. Makan bubur lagi ;)

No comments:
Post a Comment
Komen Anda